Kecoh di media sosial apabila seorang individu mendakwa personaliti media sosial asal Singapura, Sarah Yasmine, tidak memulangkan barangan yang pernah dipinjam daripadanya, sekali gus mencetuskan semula perbualan hangat di platform Threads. Dakwaan itu tular selepas seorang wanita tampil berkongsi pengalaman lama ketika dia bekerja di sebuah pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan sambungan bulu mata, sekitar dua tahun lalu.
Menurutnya, insiden berlaku apabila individu berkenaan datang untuk mendapatkan rawatan sebelum meminta meminjam dua buah seterika baju atas alasan tertentu. Bagaimanapun, wanita itu mendakwa hanya satu seterika dipulangkan semula, manakala selebihnya tidak dikembalikan walaupun telah beberapa kali cuba mendapatkan semula barang tersebut.
“Samalah macam pinjam seterika saya, datang nak buat lashes. Selepas itu pukul 10 lebih tanya ada orang jual seterika tak malam buta. Saya yang baik hati bagilah pinjam. Bukan satu, dua pula itu. Selepas itu, pulangkan satu je, itu pun yang buruk. Sampai ke sudah tak pulangkan seterika,” katanya menerusi perkongsian di Threads. Perkongsian itu turut mendakwa usaha untuk mendapatkan semula barang berkenaan menemui jalan buntu selepas pihaknya cuba menghubungi semula, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.


Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Sarah Yasmine berhubung dakwaan yang sedang tular itu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.