Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memaklumkan bahawa dia, keluarga serta 60 orang kakitangan dan rakan niaga bakal berangkat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci dalam tempoh terdekat. Menerusi perkongsian di Threads, Shahida berkata persiapan perjalanan mereka kini sedang giat dilakukan termasuk menghadiri kursus umrah yang diadakan di pejabat D’Herbs. Klik sini untuk lihat video.

“Genap sebulan lagi Mama (Shahida), Papa (Aliff) kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat. Hari ini kami semua menghadiri kursus umrah dekat pejabat D’Herbs. Ramai staf yang pertama kali nak pergi. Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka. Mama ni pun tak sabar tau nak pergi. Semoga dipermudahkan semuanya,” ciapannya, semalam.



Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar urusan rombongan berkenaan dipermudahkan serta dikurniakan perjalanan yang selamat. Malah ada juga yang menjadikan pasangan usahawan itu sebagai inspirasi dalam memberikan manfaat kepada orang lain. Sebelum ini, pasangan usahawan berkenaan pernah menerima pujian apabila menaja pakej umrah untuk kakitangan mereka sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen pekerja syarikat.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.