Ibu Neelofa jual Nasi ayam dengan harga RM26 sebekas, tapi ramai yang puji sedap dan berbaloi dengan harga

Advertisements
Advertisements

Usahawan, Datin Noor Kartini kini sibuk menguruskan perniagaan nasi ayam air tangannya sendiri yang dijual pada harga RM26 sebekas. Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Kartini dilihat tekun menyiapkan tempahan pelanggan yang mencecah hampir ratusan bungkus setiap hari. Walaupun ada segelintir netizen berpendapat harga dikenakan agak mahal, namun ramai pelanggan yang sudah mencuba hidangan tersebut mengakui berbaloi dengan rasa dan kualiti yang diberikan.

Rata-rata ulasan pelanggan memuji keenakan nasi ayam itu yang disifatkan cukup rasa selain lengkap dengan pelbagai bahan sampingan. Malah, ada juga yang berpuas hati dengan saiz ayam yang dikatakan besar serta mengenyangkan serta saiz bekas yang digunakan juga besar. Tidak kurang juga netizen yang berseloroh meminta Kartini membuka tempahan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia kerana ramai ‘telan air liur’ melihat hidangan berkenaan yang tular di media sosial.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.