USAHAWAN dan pelawak Shuib meluangkan masa menyantuni orang ramai dengan membuat kunjungan istimewa di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu. Kehadiran Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, bersama anaknya, Thalita, disambut meriah penduduk setempat yang mengambil kesempatan untuk bergambar serta beramah mesra.
Kata Shuib, kehadirannya bersama Thalita di penempatan berkenaan sedikit sebanyak memberi teladan kepada anaknya untuk lebih menghargai dan mensyukuri apa yang dimiliki. “Bila saya bawa Thalita ke sini, saya harap dia dapat belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Pada acara ini pun kita dapat lihat komuniti di sini sangat gembira.
Kadang-kadang perkara kecil pun mampu memberikan senyuman kepada ramai orang. Thalita pun ada kata dia seronok berada di sini sebab ramai yang datang. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” katanya. Jelas Shuib, kehadirannya bukan sekadar memenuhi undangan, sebaliknya dia turut membawa misi sebagai wakil kempen Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi dalam usaha mendekati masyarakat.
Ketika acara itu berlangsung, Shuib dilihat cukup selesa bergaul bersama komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Malah dia juga dengan rela hati menjadi hos permainan, membantu mengagihkan minuman susu, mencuba demonstrasi masakan dan turut mengadili pertandingan memasak. Manakala Thalita juga dilihat cukup gembira melakukan pelbagai aktiviti bersama kanak-kanak seperti membancuh susu dan mengagihkan minuman kepada orang ramai.
Menurut Shuib, sebuah program yang paling diingati bukan kerana kemeriahannya semata-mata, tetapi kerana detik-detik sederhana yang berjaya menyatukan sebuah komuniti. “Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang program apabila berjaya melayan kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas yang hadir,” kongsinya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.