Cari lelaki yang mempunyai ilmu agama lebih tinggi, Pu Riz benarkan Neelofa untuk kahwin baru jika dia pergi menghadap illahi awal

Advertisements
Advertisements

Pendakwah selebriti, Haris Ismail mengakui tidak kisah jika isterinya, Noor Neelofa memilih untuk berkahwin lain sekiranya dia sudah meninggal dunia satu hari nanti. Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 31, berkata dia sendiri mahu Neelofa meneruskan kehidupan dengan membina keluarga baharu dan percaya perkahwinan juga merupakan satu bentuk ibadah yang boleh memberi manfaat kepada si mati. Klik sini untuk lihat video.

“Kalau saya meninggal lebih awal, saya nak Lofa (Neelofa) kahwin. Sebab apa? Pertama sekali, kita ada kehidupan yang perlu dijawab di akhirat kelak sampai kita langsung takkan fikir dah fasal hal dunia. Jadi daripada kita duduk fikir sekarang ini pasangan nak kahwin lagi ke tidak, teruskan (biarkan kahwin). Bina ibadah. Yang penting awak doakan saya selamat di akhirat.

Soal dia nak nikah yang lain, kita doakan dia teruskan ibadah. Dengan didikan kita, kita suruh pasangan berkahwin demi ibadah dan menjaga kemaluan serta diri. Pahala itu akan mengalir untuk si mati.” Menurut Haris, dia juga pernah berpesan kepada Neelofa supaya mencari lelaki yang mempunyai ilmu agama lebih tinggi daripadanya sekiranya dia meninggal dunia terlebih dahulu.

“Saya sendiri cakap, kalau esok-esok saya dah tiada, awak kahwinlah dengan yang lain. Cari yang ‘lebih ustaz’ daripada saya dan bina keluarga yang jauh lebih baik daripada apa yang kita bina sekarang. “Kita pun kalau dah tiada nanti, tentu kita nak isteri dapat berkahwin dengan orang yang lebih baik daripada kita. Mungkin anak-anak kita yang asbab perkahwinan baharu itu, suami itu ajar anak kita mengaji al-Quran dan ilmu agama. Bukankah kita sebagai arwah bapa turut memperoleh pahala yang banyak?

Dalam pada itu, Haris menyifatkan hubungan percintaan dan ikatan perkahwinan di dunia sebagai sesuatu yang bersifat sementara, berbeza dengan pertalian darah dalam keluarga. “Soal kasih dan cinta ini semua sementara. Sebab itu isteri dipanggil mahram sementara, bukan mahram selamanya. Mak kita barulah mahram selamanya.

Jadi kalau Allah putuskan ikatan itu, carilah kehidupan dan bina agama untuk akhirat kita seterusnya.” Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Pasangan itu juga kini sedang menantikan kelahiran anak ketiga.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *