Seronoknya kalau dapat pergi bercuti tahun ini dan menginap di hotel-hotel yang mewah dan menarik, pastinya ia menjanjikan pengalaman menginap yang mengagumkan. Kalau tak ada pendemik memang ramai yang dah seronok berjalan sakan tapi dengan penularan Covid-19 memaksa kita semua terkurung dalam kediaman masing-masing. Meskipun begitu, ini tidak bermakna kamu tidak boleh buat wishlist dan kumpul bajet untuk pergi melancong serta menginap di hotel terbaik dunia.
TripAdvisor sebagai laman pelancongan terbesar di dunia sering berkongsi cadangan hotel, percutian dan perjalanan terbaiknya. Pada pertengahan 2021, laman web ini sekali lagi akan mengadakan Anugerah Pilihan Pengembara yang merangkumi ulasan dari pengunjung sebagai penilaian utama. Salah satu kategorinya adalah hotel terbaik di dunia yang bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai perkhidmatan terbaik. Ini antara 7 hotel yang mendapat yang disenaraikan dan mungkin kamu boleh masukkan dalam wishlist untuk pergi melancong nanti.
1 Hotel Colline De France
Hotel gah ini terletak di Brazil rekaan hotel yang mewah bak istana ini digelar sebagai salah satu hotel terbaik dunia, apatah lagi layanan dan perkhidmatan yang diberikan memang top class!
2 Mandapa A Ritz-Carlton Reserve
Terpukau melihat keindahan alam semula jadi hotel yang satu ini, hotel Mandapa ini terletak di Ubud, Bali, Indonesia. Tempat penginapan ini memang menjadi tumpuan pelancong bagi menikmati dunia semulajadi yang menghijau dan tenang.
3 Hotel Gardena Grodnerhof
Sukakan penginapan bercirikan rekaan Eropah, tetapi dalam masa yang sama dapat menikmati memandangan alam semulajadi empat musim. Hotel Gardena Grodnerhof yang terletak di kawasan pergunungan Dolomites, Itali ini menjadi pilihan ramai pelancong dunia.
4 Hotel The Legian
Satu lagi hotel yang menarik di Bali, indonesia iaitu hotel The Legian yang menyajikan panorama yang mengasyikkan terutama di waktu senja. Hotel yang berhadapan dengan laut nan biru ini, menjanjikan pengalaman menginap yang tenang dan memuaskan jiwa raga.
5 Kandolhu
Resort yang ini pula memang cukup terkenal di Maldives, panorama yang dikelilingi lautan biru dan di temani dengan haiwan akuatik serta terumbu karang menjadikan resort ini destinasi percutian buat kaki travel dari seluruh dunia.
6 Sani Resort
Ingin menyelam dan bermain di pantai Halkidki, Greece? Nah, resort Sani ini destinasi terbaik untuk menginap apatah lagi rekaan resort yang bercirikan tropikal membuatkan ramai kaki travel jatuh cinta dengan resort unik ini.
7 Hotel Achtis
Satu lagi hotel yang terlertak di Greece, hotel ini menampilkan rekaan dan dekorasi yang unik dengan sedikit sentuhan semulajadi tropikal. Terbaiklah, harap-harap satu hari nanti dapat jejaklah salah satu hotel ini bila pandemik dah reda nanti. Sumber: murai.my
Memang Pelik Dan Unik Betul. Ketahui 4 Muzium Unik Di Seluruh Dunia.
Adakah anda suka melawat muzium? Hari ni, admin nak kongsikan tentang 4 muzium paling unik di dunia. Ada di antara muzium dalam senarai ni yang boleh dilihat pamerannya hanya jika anda boleh snorkelling atau diving. Kalau nak tahu muzium apa tu, korang kena lah baca sampai habis.
1. The Cup Noodle Museum, Jepun
Bagi peminat tegar mi segera, Cup Noodle Museum di Jepun ini mungkin sudah memang ada dalam bucket list anda. Mempunyai dua cawangan di negara matahari terbit, pengunjung di muzium ini akan mempelajari sendiri sejarah mi segera.
Muzium ini turut mempamerkan pondok dimana Momofuku Ando, iaitu orang pertama yang mencipta mi segera menghasilkan salah satu makanan kegemaran masyarakat dunia. Selain itu, para pengunjung juga boleh menghasilkan cup noodle tersendiri. Selain mempunyai pameran berwarna-warni mi segera dari seluruh dunia, muzium ini juga mempunyai Instant Noodles Tunnel yang memaparkan 800 packaging produk mi segera yang semakin berkembang.
2. Cancun Underwater Museum of Art, Mexico
Jika anda pandai snorkelling atau diving, muzium ini mungkin akan menjadi pilihan anda. Terletak di antara pulau-pulau di Cancun dan Isla Mujeres, muzium ini merupakan muzium bawah laut paling besar di dunia. Setiap tahun, dikatakan hampir 750,000 pelancong akan datang ke sini. Terdapat kira-kira 500 sculptures dipamerkan, muzium ini mengetengahkan pelbagai tema seperti kehidupan para nelayan dan banyak lagi.
3. The Museum of Broken Relationships, Croatia
Mungkin kedengaran aneh tetapi memang wujud sebuah muzium di dunia ini yang didekasikan khas untuk hubungan cinta yang tidak kesampaian. Terletak di Zagreb, Croatia, kebanyakan barang pameran di dalam muzium ini adalah barangan peribadi bekas kekasih beserta description pendek mengenai objek itu. Idea disebalik pembangunan muzium ini bermula dengan satu jenaka antara Olinka Vištica dan Dražen Grubišić yang mahu membangunkan muzium untuk menempatkan barangan peribadi mereka apabila mereka memutuskan hubungan. Ia sebenarnya sebagai salah satu cara pasangan itu untuk mengenang memori mereka bersama. Siapa sangka, jenaka itu menjadi realiti dan muzium berkenaan dilahirkan.
4. The Museum of Bread Culture, Jerman
Anda peminat roti? Jika ya, kunjungan ke muzium ni mungkin akan buatkan anda terus mengidam nak makan roti. Diasaskan pada tahun 1955, Museum of Bread Culture yang terletak di Jerman ini bertujuan untuk memaparkan sejarah roti berusia 6,000 tahun yang berkait rapat dengan budaya dan pembangunan manusia. Muzium ini mempamerkan lebih 18,000 objek dan 700 daripadanya adalah pameran kekal. Selain mengetengahkan kepentingan roti dalam masyarakat, muzium ini juga ada menunjukkan pelbagai cara membuat roti. Pun begitu, tiada roti sebenar yang dipamerkan di muzium ini kerana pengasasnya percaya roti bukanlah satu barang pameran tetapi makanan yang perlu dihidangkan panas setiap hari. Apa pendapat anda tentang muzium-muzium ini? Anda tahu mana-mana muzium unik lagi dalam dunia ni? Tinggalkan komen anda di ruangan komen. Sumber:lobak merah.