Sempat buat solat taubat sebelum ditidurkan, Ezlisa Loy kongsikan pesanan terakhir arwah ibu

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pempengaruh, Ezlisa Loy berkongsi momen terakhir bersama ibu tercinta, Filzah Yusoff sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Ezlisa berkata, ibunya sempat menunaikan solat taubat sebelum ditidurkan selain menitipkan beberapa pesanan penting buat dirinya dan adik-beradik lain.

“Sebelum mama ditidurkan, kami adik-beradik dapat jumpa mama. Arwah juga sempat solat taubat. Arwah juga ada titipkan pesanan buat kami. Dia pesan dan suruh kami baca serta hafal al-Quran selain jaga aurat.” Ezlisa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pembukaan stor baharu CERUTTI 1881 bersama Aedy Ashraf yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini. Berkongsi lanjut, adik kepada Elfira Loy itu merasakan seolah-olah ibunya masih ada di sisi meskipun sudah lebih sebulan kehilangan insan tersayang.

“Saya rasa macam mama masih ada. Sudah lebih sebulan mama pergi. Saya sedang perlahan-lahan terima hakikat yang mama sudah tiada.” Dalam pada itu, Ezlisa turut meluahkan rasa rindu dengan air tangan ibunya, terutama makanan kegemarannya yang dimasak arwah. “Sebelum mama meninggal dunia, dia selalu minta saya belajar buat sambal. Tapi ketika itu saya tak nak belajar sebab nak makan air tangan mak saya.

Saya memang tak nak belajar. Tapi sekarang bila dah belajar masak, ada resipi yang mama dah ajar, takkan sama. Sebab air tangan kita lain.” Untuk rekod, ibu kepada Ezlisa dan Elfira meninggal dunia pada usia 61 tahun pada 13 September 2026.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *