Susah nak tidur dan tak boleh bernafas, Kak Km akui dirinya berdepan dengan gangguan mistik sejak 4 bulan lalu

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Kak KM mendedahkan dirinya berdepan gangguan mistik sejak empat bulan lalu sehingga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk tidur selain berdepan masalah pernafasan. Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 45, berkata, keadaan tersebut bukan sahaja mengganggu waktu rehatnya, malah turut menjejaskan emosi serta semangat untuk melakukan aktiviti harian.

“Memang susah nak tidur dan tak boleh bernafas. Bila tak boleh bernafas, seluruh badan pula terasa sakit. Saya tak ada mood nak buat kerja, semua benda tak nak buat. Cuma yang pasti memasak memang kena buat. Saya tak boleh tidur, dari lepas maghrib sampai subuh. Rasa tak selesa, tak sedap badan. Rasa macam diperhatikan.”

Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-18 usahawan selebriti Cheta Pot Pet dan suami, Aaron Lee di Kuala Lumpur. Berkongsi lanjut, Kak KM turut mendakwa gangguan berkenaan memberi kesan kepada operasi perniagaan miliknya seperti kemunculan lalat dan langau yang banyak di premis.

“Gangguan itu bukan kena pada saya seorang, tapi di kedai staf asyik demam. Kedai penuh lalat, sedangkan bukan jual makanan. Penuh lalat dan langau, bukan sedikit. Malah ada ulat depan pintu.” Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, Kak KM mengakui pernah cuba mendapatkan rawatan tradisional. Namun, membatalkan niat itu apabila ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya.

“Saya tak kenal mana-mana bomoh sebab saya jenis tak percaya. Cuma pernah sekali, baru buat panggilan dan dia dengar nama Kak KM, terus minta wang pendahuluan RM8,000. Bila dah letak yuran macam itu, saya tak percaya. Tapi saya percaya benda mistik ini wujud. Jadi, saya ada dapat bantuan daripada anak-anak tahfiz. Mereka tawarkan air dan alhamdulillah, keadaan bertambah baik sedikit.”

Sementara itu, mengulas kemungkinan gangguan berkenaan dilakukan individu yang tidak senang melihat kejayaan dan kehidupannya, Kak KM memilih untuk tidak membuat sebarang tuduhan. “Saya tak beranilah nak cakap siapa yang buat, nanti jatuh menuduh pula, jadi fitnah. Tapi kalau nak kata dengki, mestilah ada yang dengki tengok pencapaian kita.

Saya okey sebenarnya sebab benda itu berlaku kerana Allah izinkan. Kita tunjuk kuat sahaja supaya lama-lama orang jadi sakit hati. Lama-lama dia akan gila tengok sebab saya tak jatuh-jatuh.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *