Umum ramai kenali dengan usahawan kontroversi ini. Terbaru, jika dilihat di media sosial, kelihatan Dato’ Sri Aliff Syukri mula berkongsikan kepada peminat mengenai aktiviti hariannya di gymnasium melakukan aktiviti senaman.
Bersenam Bersama Keluarga
Meninjau di Tiktok milik Aliff, dia kelihatan komited dalam melakukan aktiviti senaman dan nampaknya Aliff seolah-olah sedang melakukan aktiviti yang membina dan menguatkan ototnya. Dalam video tersebut juga, Aliff yang melakukan senaman di gym dilihat turut bersenam bersama anaknya yang dibantu oleh ‘personal trainer’.
Petanda Filem Baru
Disebabkan video yang dimuat naik tersebut, ada juga warganet yang mendakwa Aliff melakukan aktiviti gym tersebut kerana dia akan mengeluarkan produk terbaru tidak lama lagi. Tetapi ada juga yang tidak menolak kononnya Aliff mula membina otot kerana akan terlibat dengan pembikinan filem Badang 2.
Warganet Mula Sokong
Diruangan komen,warganet mula menyokong dengan aktiviti yang telah dilakukan oleh Aliff sehingga ada juga yang mengharapkan supaya Aliff dapat mengeluarkan produk ‘supplement’ untuk orang yang pergi ke gym. Malah warganet juga turut bersetuju dengan aktiviti yang dilakukan Aliff dan membuat perbandingan antara aktiviti gym dan juga mengeluarkan single lagu. Rata rata menyatakan Aliff lebih baik melakukan aktiviti senaman di gym dan mereka membantah sekiranya Aliff ingin bernyanyi semula. Sumber, murai
Aliff Syukri tegur anak perempuan gara gara enggan menari, warganet tampil beri teguran
Tidak serik buat ‘hal’ di media sosial, kali ini nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi sebutan ramai sekali lagi apabila berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah dan Ammar Ahyyan. Rakaman berdurasi beberapa saat itu memaparkan Aliff Syukri seronok berjoget, namun kedua-dua anaknya kelihatan terpaksa melayan, malah berasa malu melihat kelakuan bapa mereka.
Bukan saja perlu akur melayan karenah bapanya, tetapi Aliff turut memarahi Qadejah kerana enggan menari bersama serta malu-malu. Tindakan yang dilakukan oleh usahawan tersebut sememangnya mengundang kritikan serta ramai berasa simpati terhadap anak-anak kerana bapa berperangai seperti sedemikian.
Komen warganet,
“Kena Paksa”
Bukan saja ramai meluahkan rasa simpati terhadap Qadejah dan Ammar kerana terpaksa akur, malah warganet turut pertikai tindakan Aliff menari seperti itu apabila berada di hospital. Boleh tengok video di Tiktok Aliff Syukri. Sumber, BeautifulNara