Semalam, pelakon Abby Abadi ada memaklumkan secara umum di platform Instagram bahawa dirinya akan turun berkempen bagi membantu parti politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Susulan memberitahu hal itu di dalam media sosial, Abby menerima pelbagai tohmahan serta kritikan daripada para warganet. Di dalam satu perkongsiannya, gambar berkenaan mempunyai kata-kata inspirasi berkait dengan ftnah serta di perkongsian sama, dia selitkan video bukti-bukti ftnah yang diselitkan oleh sebuah parti politik.
Kenyataan Penuh Abby Abadi
“InshaALLAH, jika ALLAH izinkan Mama akan ikut berkempen bermula harini . Abah @jai_faizal147 join nnti k.. hehe . Tiada kepentingan apa2, cuma mengharapkan pengurusan negara yg lebih baik, demi masa depan anak2…. aminn. Sy kongsikan agar ramai yg ambil tahu & buka mata. Sebenarnya Rakyat Malaysia ni banyak kategori.. ramai yg nampak/tak nampak apa yg berlaku dalam negara sendiri.
Sbb sebahagian besar dari kita mmg tak pernah/taknak ambil tahu tentang politik sebab bukan urusan kami, katanya… Itu yg rugi! Sebab politik ini sebahagian dari ISLAM & melibatkan urusan pentadbiran negara kita ya. Bila ramai yg tak peduli, tak ambil tahu.. tu yang senang2 kena tipu. Berpuluh tahun pimpinan yg berkuasa salahgunakan kuasa, makan duit kiri kanan, projek masuk juta2 sakau sana sini, satu keturunan rumah banglo, duit lebih simpan oversea lagi..
Kita Rakyat? makin lama makin tersekat2 nak bayar itu ini. Yg mmg dah kaya raya takpelah.. kita yg biasher2 ni? Kos hiduppp makin menjadi2, kerajaan sblm ni naik kan itu ini lagi & lagi.. sampai bila kalau kita tak usaha tukar waktu mengundi? Rugi wak rugii.. bila ramai dikalangan kita yg syok sendiri, yg pentingkan diri, yg tak ambil kisah,layan je apa ada.. Yg susah makin susah.. yg senang terus senang.
Lagi tragis yg dah selalu dpt projek dgn kerajaan dulu, terusss sokonh sbb yelah senang kt dia. Yg lain susah lantak kaulah! padan muka. Janji aku ok. Korang susah nasiblah siapa suruh tak berusaha katanya . Sedih sbnrnya bila ALLAH bagi nampak keadaan negara kita skrg ni, ekonomi makin sakit, hutang berbillion.. dorg buat hutang, joli sana sini, rakyat yg kena bayar, pun ramai yg sokong lagi.. haru sungguh! Apapun, doa yg terbaik & mintalah yg terbaik dari ALLAH.. Jom turun berkempen! #hulukelang #gombak #pakatanharapan #dsai #amirudinshari “
“Tak Perlu Usik Pihak Lawan!” – Tak Suka Cara Berkempen, Pengikut ‘Unfollow’ Abby Abadi ‘Berjemaah’
Apabila meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata warganet mempersoalkan perkongsian ‘panas’ yang dibuat oleh selebriti tersebut dengan memburukkan parti lain. Bukan hanya mempertikaikan, malah mereka juga ingin ‘unfollow’ Abby di Instagram kerana merasakan dia menyebarkan kebncian ketika berkempen di platform berkenaan. Sumber, BeautifulNara / IG Abby Abadi