Mengerikan betul hutan ni. Ketahui 5 hutan paling menyeramkan di dunia.

Ramai yang menggemari aktiviti lasak? Tak kurang juga yang suka aktiviti di hutan seperti berkhemah, jungle trekking dan mengasah survival skill masing masing. Namun dalam keindahan alam semulajadi dalam hutan tu, ada juga perkara-perkara menyeramkan yang sering dimomokkan oleh buah mulut orang. Sebab tu kena jaga adab dan pantang larang kalau masuk hutan bak pesan orang tua-tua. Tahukah anda terdapat hutan yang menyeramkan di dunia ini? Jom kita lihat.

Hutan Hoia-Baciu, Romania

Hutan Hoia-Baciu terletak di Transylvania ini menjadi perhatian ramai. Penduduk di bandar Translyvania itu sendiri mendakwa hutan ini memiliki lingkaran di tengahnya seperti sebuah portal yang mirip dengan segitiga Bermuda. Ia diyakinkan dengan kehilangan seroang pengembala kambing bersama 200 ternakannya yang lenyap begitu sahaja. Hampir kesemua orang yang tinggal berhampiran hutan ini takut untuk masuk ke kawasan hutan ini. Mereka juga percaya bahawa orang yang memasuki ke dalam hutan itu tidak akan dapat kembali lagi.

Hutan Aokigahara

Terkenal dengan gelaran ‘Lautan Pohon’, hutan tebal Aokigahara seluas 32 kilometer di Barat Laut kaki Gunung Fuji, Jepun ini merupakan salah satu hutan yang paling mengerikan di dunia. Terdapat khabar angin yang mentatakan bahawa kewujudan besi di dalam tanahnya menyebabkan gangguan pada kompas hingga ramai pejalan kaki dan juga penjelajah hutan ini tersesat. Apa yang paling menyedihkan, hutan tebal ini juga menjadi lokasi membunuh diri yang popular di Jepun di mana lebih 500 kes bunuh diri dilaporkan di hutan itu sejak 1950an.

Berikutan angka bunuh diri yang tinggi di hutan itu, pihak pemerintah Jepun mendirikan sebuah papan tanda larangan membunuh diri di hutan berkenaan. Penduduk setempat juga mendakwa sering mendengar suara jeritan dari hutan berkenaan yang dipercayai dari roh mereka yang membunuh diri . Sejak 1970, sebuah pasukan terdiri daripada polis, sukarelawan, dan wartawan ditubuhkan dan ditugaskan untuk menyusur hutan berkenaan bagi mencari mayat mereka yang membunuh diri.

Hutan Hitam (Black Forest ), Jerman

Hutan ini begitu padat dengan pokok pine dan juga cemara hinggakan ia hampir tidak ditembusi cahaya matahari. Ia menjadikan masyarakat setempat percaya bahawa  tempat ini ideal sebagai tempat tinggal untuk makhluk mistik seperti serigala jadian dan ahli sihir. Kisah seram, hantu dan pembunuhan serta sihir di hutan itu turut dipopularkan dalam sebuak buku ‘The Necromancer’ yang diterbitkan pada 1794.

Hutan Wychwood, England

Tangan misteri yang menyentuh bahu orang yang berjalan di hutan ini sendirian serta kereta sorong pasangan suami isteri dan dua anaknya yang terus menangis – merupakan antara penampakan yang sering dilaporkan berlaku di Hutan Wychwood, Oxfordshire. Yang paling menggemparkan ialah kematian isteri bangsawan Earl of Leicester, Amy Robsart yang ditemui mati dengan lehernya patah. Punca kematiannya masih menjadi misteri hingga hari ini. Suatu hari hantunya dikatakan bertemu dengan suaminya yang sedang berburu di hutan itu dan menyatakan bahawa suaminya itu akan mati dalam masa 10 hari. Benar, 10 hari kemudian Earl of Leicester meninggal dunia kerana sakit.

Isla De Las Munecas, Mexico

Hutan ini terletakl di sebuah pulau berhampiran ibu kota Mexico. Apa yang menyeramkan mengenai pulau ini ialah pada setiap pohon di hutan berkenaan tergantung ratusan anak patung yang sangat mengerikan. Kewujudan patung berkenaan bermula apabila satu-satuinya penghuni pulau berkenaan Don Julian Santana menemui mayat seorang gadis di salah sebuah tali air di pulau itu 50 tahun lalu. Sebagai penghormatan kepada gadis itu, Don mula menggantung anak patung di sebatang pokok. Anak patung itu kemudiannya terus bertambah hingga mencapai ribuan patung sehinggalah pada tahun 2001, Don Julian Santana ditemui mati lemas di tali air yang sama. Sejak itu, ramai yang mengganggap anak patung yang tidak lengkap dan bergantungan itu merupakan jelmaan syaitan. Sumber: murai.my

Sangat Menakutkan Alasannya. Ini 5 Pulau Misteri Yang Haram Untuk Dijejaki.

Bukan semua pulau yang ada di dunia ini boleh diterokai sewenang-wenangnya, terdapat bahaya dan risiko besar yang menanti jika menjejaki pulau-pulau yang diklasifikasikan sebagai bahaya dan dilarang mengunjunginya. Dipetik dari IDN Times, lima pulau ini dilarang sebarang manusia untuk menghampirinya apa lagi menjejakkan kaki di pulau tersebut kerana berisiko tinggi dan boleh meragut nyawa jika mengendahkan larangan tersebut.

1 Pulau Sentinel Utara, Kepulauan Andaman

Pulau ini cukup terkenal dengan suku kaum orang asli yang dikenali sebagai kaum Sentinel, kelompok peribumi yang mendiami pulau ini sangat agresif dan bertindak meny3rang sesiapa saja yang menghampiri pulau tersebut.

2 Pulau North Brother, Amerika Syarikat

Siapa sangka berdekatan dengan bandaraya elit New York, Amerika Syarikat terdapat sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai pulau North Brother. Pulau ini dulunya dijadikan lokasi kuarantin bagi pesakit yang menghidap sakit b3rbahaya, kemudian tempat tersebut ditukar menjadi pusat rehabiliti bagi penagih dadah. Namun pada tahun 1963, pulau tersebut ditinggalkan dan menjadi tempat tinggal burung bersama fasiliti yang usang dan kelihatan mengerikan di waktu malam.

3 Pulau Surtsey, Islandia

Pulau ini telah di isytihar sebagai pulau warisan dunia dan di bawah perlindungan UNESCO, justeru itu sebarang manusia tidak boleh sewenang-wenangnya mendekati apa lagi menjejaki pulau tersebut.

4 Pulau Diego Garcia, Wilayah Lautan Hindi Britain

Pulau ini merupakan aset penting bagi Angkatan Laut Amerika Syarikat kerana mempunyai pangkalan ketenteraan di sana. Mengikut sejarah kerajaan Britain menyewakan pulau ini kepada Amerika Syarikat semasa perang dingin, dan dimaklumkan tempoh sewaan pulau tersebut adalah selama 20 tahun. Tempoh sewaan pulau tersebut berakhir pada tahun 2016, tetapi pihak Britain telah memanjang tempoh sewaan selama 20 tahun lagi. Dan ini bermakna pulau ini tidak boleh di kunjungi oleh orang awam, apatah lagi kawasan ini menjadi pangkalan ketenteraan penting buat Amerika Syarikat.

5 Pulau Queimada Grande, Brazil

Pulau Queimada Grande atau juga dikenali sebagai pulau ular ini, terletak sekitar 100 kilometer daripada pantai Sao Paulo, Brazil. Disebabkan pulau ini di huni dengan pelbagai spesies ular yang berb1sa di dunia, menyebabkan pihak berkuasa Brazil mengeluarkan arahan larangan kepada orang ramai agar tidak menjejaki pulau tersebut jika tidak nyawa bakal jadi taruhannya.

Ngeri betul! Tak boleh bayang apa akan jadi kalau manusia jejakkan juga kaki di pulau-pulau berisiko tinggi ini. Sumber: murai.my