Gunakan Ira Kazar sebagai model tudung, Aliff Syukri bengang bila warganet hanya memandang daripada sudut negatif

GERAM apabila dikritik kerana menggunakan artis atau individu viral dengan perkara negatif bagi tujuan pemasaran, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meminta warganet memandang daripada sudut positif. Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, selama ini dia membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat sehingga mencecah puluhan juta ringgit namun tiada pula yang memuji. “Inilah orang… Continue reading Gunakan Ira Kazar sebagai model tudung, Aliff Syukri bengang bila warganet hanya memandang daripada sudut negatif

Lepas berpisah baru sedar komunikasi sangat penting, ini pula luahan dari Beego

Pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim yang pernah berpisah pada Mac 2023, mengambil iktibar daripada apa yang terjadi untuk bersama-sama mempertahankan rumah tangga mereka. Memetik laporan Harian Metro, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, mendedahkan perpisahan dia dan isteri telah membuatkan mereka sedar bahawa komunikasi itu sangatlah penting dalam sesebuah hubungan. Tambahnya lagi, Linda ada… Continue reading Lepas berpisah baru sedar komunikasi sangat penting, ini pula luahan dari Beego

Seakan beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang, Ruhainies muat naik gambar pakai baju pengantin

PELAKON Ruhainies seakan-akan memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video di Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, terlihat terkejut dan teruja apabila melihat busana berwarna putih yang ditempah buat pertama kali. Dalam video tersebut, Ruhainies juga dilihat tersenyum gembira saat mengenakan busana pengantin itu. Malah… Continue reading Seakan beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang, Ruhainies muat naik gambar pakai baju pengantin

Selamat mendirikan rumahtangga beberapa hari lalu, Athira Yuhada titipkan ucapan terima kasih pada tetamu yang hadir

Beberapa hari yang lalu, pelakon Hafidz Roshdi selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Glenmarie, Shah Alam. Sehari selepas itu, satu majlis resepsi telah diadakan oleh keluarga Hafidz bagi menyambut menantu yang telah dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua mempelai. Terbaharu, isteri kepada Hafidz, Athira dilihat memuat naik… Continue reading Selamat mendirikan rumahtangga beberapa hari lalu, Athira Yuhada titipkan ucapan terima kasih pada tetamu yang hadir

Ramai yang mendoakan supaya dapat umrah mabrur, Sabri Yunus muat naik video isteri sebak di tanah suci

Selebriti, Sabri Yunus kongsi video isteri sebak sewaktu berdoa di dalam hadapan Kaabah dengan kapsyen “air matamu, air mataku jua” merujuk kepada Ardini Angeline Tan telah mencuri perhatian ramai. Perkongsian tersebut dibuat oleh pengarah terkenal itu di aplikasi TikTok dengan memaklumkan yang video terbabit diambil selepas melakukan tawaf. Pastinya muat naik berkenaan telah dihujani dengan… Continue reading Ramai yang mendoakan supaya dapat umrah mabrur, Sabri Yunus muat naik video isteri sebak di tanah suci

Minta Sarah mafkan orang yang komen toksik, Puteri Sarah menangis di bahu Andi sebab terkesan dengan komen warganet

Sejak berpisah dengan pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof, segala perbuatan Puteri Sarah menjadi perhatian warganet. Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan Puteri Sarah menangis ketika sedang membuat live di TikTok sehingga ‘berlabuh’ di bahu pelakon Indonesia, Andi Arsyil. Klip yang tular itu memaparkan Puteri Sarah sedang menangis sambil Andi memujuknya untuk sentiasa kuat dan berpesan agar… Continue reading Minta Sarah mafkan orang yang komen toksik, Puteri Sarah menangis di bahu Andi sebab terkesan dengan komen warganet

Terlibat dengan kejadian tak diingini, ini keadaan terkini Siti Jamumall

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motosikal di sebuah lokasi di Selangor pada Ahad. Menerusi beberapa perkongsian di Facebook, difahamkan Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin tercampak ke jalan raya namun bersyukur tidak digilis kereta lain. “Berderau drh macam nak pengsan dapat WhatsApp daripada orang lain… Continue reading Terlibat dengan kejadian tak diingini, ini keadaan terkini Siti Jamumall

Bacaan gula tinggi, anak M Daud Kilau kongsikan keadaan bapa makin teruk sejak 3 hari lepas

Berita pemergian penyanyi legenda, Datuk M.Daud Kilau pada Isnin merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri seni tempatan. Manakan tidak, Allahyarham M. Daud yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, Gila Jdi dan Perigi Biru itu antara yang sering menjadi perhatian peminatnya. Menurut anak sulungnya, Noraini Muhammad Daud, 58,… Continue reading Bacaan gula tinggi, anak M Daud Kilau kongsikan keadaan bapa makin teruk sejak 3 hari lepas

Selepas seminggu bersalin, akhirnya Ayda Jebat umumkan nama anak keduanya

Selepas seminggu bersalin, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya mengumumkan nama cahaya mata keduanya iaitu Aali Mateen Ahmad Nabil. Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata dia dan suami, Nabil Mahir mengambil masa yang agak lama sebelum sepakat memilih nama tersebut. “Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil. Lama jugak memikirkan nama our little prince, Aali Mateen… Continue reading Selepas seminggu bersalin, akhirnya Ayda Jebat umumkan nama anak keduanya

Umur belum masuk 2 tahun, Neelofa bangga bila Bilal dah boleh kenal huruf arab dan hafal surah pendek

Selebriti terkenal, Neelofa bersyukur apabila anak sulungnya, Muhammad Bilal sudah mengenali huruf-huruf dalam bahasa Arab, selawat dan beberapa surah pendek. Hal tersebut dikongsikan Neelofa di Insta Story miliknya dengan mengatakan berasa bangga kerana sebagai ibu dia sangat mementingkan konten yang ditonton anaknya. “Sebagai seorang ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana tah, Bilal… Continue reading Umur belum masuk 2 tahun, Neelofa bangga bila Bilal dah boleh kenal huruf arab dan hafal surah pendek