Dah sah berpisah dengan isteri, sekali Azri luah perasaan dia lepas berpisah

SELEPAS 19 tahun hidup bersama pelakon Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar mengakui bukan sesuatu mudah untuk dia menyesuaikan diri apabila kembali bersendirian selepas bergelar duda pada Selasa lalu. Mengakui ia satu keputusan yang berat, pelakon berusia 54 tahun ini bagaimanapun tidak menolak jika satu hari nanti mereka ditakdirkan rujuk semula dengan Ellie sebagai suami isteri. “Saya reda dengan takdir yang sudah tertulis. Sekarang ini saya masih dalam keadaan keliru betul ke dah berpisah… nak menyesuaikan diri. Azri masih anggap Ellie sebagai kawan baiknya. “Nak kena terima hakikat dah kembali single. Jadi, saya pun tak tahu perasaan sekarang macam mana. Harap peminat doakan kebahagian saya dan Ellie

“Kalau satu hari nanti kami berbaik dan nak rujuk semula, tak ada siapa akan halang kecuali kalau kami dah berkahwin lain,” katanya kepada mStar. Pasangan ini mengesahkan sudah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa dengan talak satu. Menurut Ellie, 52, keputusan untuk dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan itu. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya. Dalam pada itu, Azri memberitahu hubungan dia dengan Elly masih baik malah menganggap bekas isterinya seperti kawan baik. Azri berkata, dia tetap berterima kasih kepada Ellie yang menjagannya ketika dia berdepan dengan masalah kemurungan yang teruk selepas dipecat dari filem Leftenan Adnan pada 2000.

“Hubungan kami masih baik… saya pun masih anggap Elly sebagai kawan baik dan ibu kepada anak-anak kami. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya. “Masa saya alami kemurungan teruk sampai macam nak gla disebabkan kena pecat dari filem Leftenan Adnan 22 tahun lalu, dia la yang menjaga saya,” ujarnya. Anak bongsu tinggal bersama Ellie manakala anak lelaki dengan Azri. Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mendirikan rumah tangga pada tahun 2003. Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang pergi menghadap illahi sebelum dilahirkan.

Sebelum Ellie, Azri pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992 namun bercerai pada 1999 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Sementara itu, pelakon drama Single TerlaluLama ini memberitahu bekas isterinya berpindah di kawasan perumahan berdekatan bagi memudahkan anak-anak untuk berulang-alik ke rumah mereka. “Dia pun pindah di kawasan berdekatan juga. Anak bongsu tinggal bersama dia manakala anak lelaki dengan saya. Kalau mereka rindu boleh saja ulang alik,” katanya Apa kata anda, Kongsikan bersama kami. Kredit, mstar

Ramai Yang Terkejut Bila Ellie Suriaty Dan Suami Berpisah, Rupanya Ini Punca Buat Ramai Yang Tak Sangka. IKATAN perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka sah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa. Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan. “Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri. “Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti dilapor Getaran. Usaha mStar untuk menghubungi pasangan ini tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab dan mesej hanya dibaca sahaja. Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia. Sumber, MSTAR

‘Itu bukan lakonan’ – Ellie Suriaty. PELAKON dan pengarah, Ellie Suriaty, 48, tidak menyangka video ucapan protes yang dilakukannya di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) tular dan menerima pelbagai reaksi masyarakat. Menurut Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, dia juga turut menerima kecaman daripada rakan-rakan selebriti. “Saya sendiri pun tak sangka video itu akan tular di media sosial. Banyak kecaman yang saya terima daripada masyarakat, bahkan ada juga daripada rakan-rakan selebriti. “Namun, saya tak mahu terlalu mengambil pusing. Mungkin secara keseluruhan, hanya 15 peratus saja yang memandang perjuangan saya dari sudut negatif. Selebihnya, mereka faham dan menyokong,” katanya kepada Harian Metro

Diminta mengulas mengenai ucapannya yang bersemangat sehingga ada yang menganggap itu sekadar lakonan, Ellie berkata, setiap kata-katanya adalah ikhlas dari lubuk hatinya. “Itu bukan lakonan. Berlakon adalah kerja profesional saya, tapi saya tak boleh berlakon kalau diminta secara suka-suka kerana bagi saya, itu adalah satu penghinaan buat diri saya. “Saya bukan ahli politik, sebaliknya seorang aktivis. Ketika memberikan ucapan itu, saya benar-benar marah dan ingin menegakkan keadilan untuk UMNO,” katanya. Ellie juga menolak kenyataan beberapa warganet yang menganggapnya sebagai rasis.

“Saya bukan rasis. Begitu juga dengan kerajaan lama. Salahkah seorang Melayu, ingin mempertahankan parti yang selama ini berada di belakang orang Melayu?” katanya. Ditanya sama ada tindakannya mendapat sokongan daripada suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, Ellie mengakui timbul kerisauan dalam hati suaminya. “Dia risaukan saya. Dia tak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada saya. Tapi, dia sendiri pun sedia maklum bahawa saya wanita yang berjiwa ‘liar’,” katanya. Dalam video berdurasi dua minit 20 saat itu, Ellie dengan lantang memprotes cadangan kerajaan yang ingin membubarkan UMNO. Dalam perkembangan lain, telefilem arahannya, Tulus Cinta tercalon dalam kategori Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) yang bakal berlangsung pada 2 November ini.