Sebagai salah seorang penerbit Mawi gembira jika ada perubahan pada industri perfileman

Siapa tak kenal dengan penerbit, penyanyi dan pelakon ini. Baru baru ini Mawi menyatakan sesuatu berkenaan filem, katanya “Saya pun salah seorang penerbit filem juga. Jadi apa yang saya ceritakan adalah fakta sebagai penerbit,” kata Mawi mengenai kenyataannya sebelum ini berkenaan kutipan filem Mat Kilau yang masih belum balik modal biarpun mengutip RM12 juta pada hari ketujuh tayangannya. Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang juga penyanyi dan pengarah, dia bercakap berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sebelum ini. “Sebenarnya ini juga adalah suara penerbit-penerbit filem di negara kita yang memang rasa tidak puas hati dengan pembahagian itu.

Katanya lagi “Saya cerita sekadar untuk kongsi fakta itu dan sedikit sebanyak untuk bagi penonton kita faham realiti bisnes filem macam mana dan kutipan filem di panggung macam mana. “Saya pun tak menyalahkan mana-mana pihak. Saya cuma cerita fakta. Tapi kalau ada perubahan yang lebih baik alhamdulillah… saya pun suka. “Saya mewakili penerbit-penerbit filem yang lain pun gembira kalau ada perubahan yang lebih baik,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi hantarannya itu Mawi menjelaskan apabila filem ditayangkan di pawagam maka perlu membayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus. “Untuk minggu pertama tayangan, perjanjian antara pihak penerbit dan panggung wayang pembahagian adalah 50/50 bermaksud separuh perlu bayar. “Jadi, selepas bayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus, jumlah yang tinggal itu perlu dibayar sebanyak 50 peratus pula kepada pihak panggung wayang. “Minggu kedua pihak panggung wayang akan ambil 55 peratus, minggu ketiga mereka akan ambil 60 peratus. Manakala minggu keempat pula mereka akan ambil 65 peratus dan pembahagian itu akan tetap sampai habis tayangan,” katanya.

Mengulas sama ada kenyataannya menjadi pemangkin menarik peminat menonton filem Mat Kilau di pawagam, Mawi berkata, dia gembira sekiranya perkara ini benar. “Alhamdulillah… saya sangat gembira sebab dah lama kita tak tengok penonton sanggup bayar tiket ramai-ramai untuk tonton filem Melayu. Bagi saya Mat Kilau satu fenomena filem Melayu. “Sebenarnya ramai orang kita yang akan support filem kita. Insya-Allah kalau kita buat filem yang berkualiti pasti orang-orang kita akan support.

Filem ini juga boleh jadi inspirasi kepada pembikin filem yang lain. Maksudnya macam mana nak buat filem box office. Kena kaji ramuan yang ada dalam Mat Kilau. “Walaupun bercerita mengenai sejarah tapi mampu menarik ramai orang menonton. Ramuan nilai-nilai komersial dalam ini yang kita kena belajar,” katanya. Menurutnya, sebelum ini filem sejarah agak susah untuk pecah panggung dan itulah yang perlu dikaji dalam Mat Kilau kerana nilai-nilai komersial yang ditampilkan buat orang suka dan minat untuk menonton filem sejarah. “Bukanlah saya kata filem sejarah sebelum ini tak bagus atau sebaliknya. Filem sejarah kita sebelum ini bagus tapi cuma persoalannya kenapa kurang dapat sambutan?

Sambungan kata mawi lagi, “Tapi bila Mat Kilau terjual dengan kutipan paling tinggi setakat ini, filem Melayu terpantas dalam masa tiga minggu RM71 juta dengan kos RM8 juta, ia luar biasa,” katanya. Mawi kini dalam proses suntingan filem terbarunya Zim Zim Ala Kazim yang menampilkan Datuk Ustaz Kazim Elias, Along Cham, Syanie Hisham, Danial Zaini, Sharif Kadir, Santesh dan ramai lagi. “Saya nak siapkan dulu filem ini dan kemudian fikirkan nak siar di platform mana yang sesuai. Saya nak minta pendapat orang ramai kemudian putuskan tayang di mana,” katanya. Sumber, harian metro