Terkini Arab Saudi umumkan jemaah waniitaa boleh pergi lakukan umrah dan haji tanpa mahram

Dah jadi tanggungjawab semua umat Islam untuk tunaikan haji di Mekah bila mereka sudah  berkemampuan. Selama berpuluh tahun, Arab Saudi letakkan kewajipan bagi kaum wanita yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah untuk membawa mahram ke tanah suci itu. Pun begitu, baru-baru ini, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah umumkan bahawa wanita yang datang ke Arab Saudi kini boleh menunaikan haji tanpa mahram, atau penjaga lelaki. Menurut laporan Arab News, Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah, Ahmed Saleh Halabi pula berkata, walaupun ia telah dibenarkan, tetapi wanita yang ingin melakukan ibadah tersebut harus ditemani “wanita yang boleh dipercayai atau syarikat yang selamat” untuk menunaikan haji atau umrah.

Difahamkan, keputusan itu dilakukan bagi memudahkan wanita yang bergelut untuk mencari mahram untuk melakukan ibadah tersebut kerana ia boleh menjadi satu proses yang melambatkan. Selain itu, pihak Arab Saudi juga telah memaklumkan bahawa terdapat pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan, ia termasuk dengan menggunakan teknologi moden.

Platform digital baharu untuk jemaah umrah. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (Mohu) pada Isnin melancarkan platform digital baharu yang dipanggil ‘Nusuk.sa’ bagi memudahkan prosedur ketibaan jemaah umrah dari seluruh dunia ke Makkah dan Madinah. Dalam satu kenyataan menerusi Twitter rasminya pada Isnin, kementerian itu berkata, platform berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif program perkhidmatan Haji dan Umrah yang dibangunkan oleh negara itu sebagai salah satu program dalam Wawasan 2030 Arab Saudi. Platform dilancarkan dengan kerjasama pihak berkuasa pelancongan Arab Saudi itu bermatlamat menawarkan pengalaman yang lebih baik mengenai budaya negara itu kepada jemaah, selain memudahkan proses tempahan dan membantu mereka daripada segi komunikasi, menurut kenyataan itu.

Platform itu adalah tambahan kepada pelbagai perkhidmatan lain yang bakal disediakan oleh kerajaan Arab Saudi pada masa hadapan, termasuk peta interaktif, kalendar khas untuk acara dan aktiviti, panduan digital untuk semua arahan dalam beberapa bahasa, serta maklumat kesihatan dan perkhidmatan. Platform digital ‘Maqam’ akan terus beroperasi pada masa ini bagi membolehkan jemaah asing membuat tempahan umrah dan mendapatkan visa secara dalam talian, sehingga Nusuk.sa diaktifkan sepenuhnya. Sementara itu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah berkata, platform Nusuk.sa adalah lanjutan daripada usaha berterusan kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya kepada jemaah umrah dan haji dari seluruh dunia. Beliau menyuarakan keyakinan bahawa platform yang disediakan untuk jemaah menggunakan teknologi terkini akan memudahkan prosedur bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa.