Selamba je Bella boleh bahan Neelofa dalam live, gelagat Neelofa dan Bella tarik perhatian ramai

Tidak asing lagi duo ini, Neelofa dan Bella yang selalu bersama dalam mempromosikan produk keluaran Neelofar secara langsung di platform media sosial. Baru-baru ini, gelagat mereka semasa mempromosikan telekung itu telah menarik perhatian para warganet dan video tersebut telah dimuatnaik di akaun tkt0k @seorangnur. Dalam video tersebut, terlihat Bella yang sedang menerang kan tentang labuh kain telekung yang sedang dia promosikan itu. Dia mengukur kain tersebut dengan badannya serta menyatakan tingginnya bagi memperincikan lagi kelabuhan kain tersebut. Klik sini untuk lihat video.

orang kalau nak beli telekung, diorang nak kain yang labuh. so guys, saya tinggi 166cm. So daripada bawah sampai sini kain.– Jelas Bella. Sempat Neelofa menyakat Bella yang sedang serius memberi penerangan dengan mengatakan Bella menunjuk-nunjuk ketinggiannya kepada penonton. Katanya: kenapa nak menunjuk tinggi you tu? I 157. Bella membahan Neelofa yang ketinggiannya sedikit rendah daripadanya dengan menjengket-jengket di sebelah Neelofa.

Hasil tinjauan di ruangan k0men di video tersebut, netizen terhibur dengan gelagat mereka yang membahan satu sama lain. Sekadar info, Neelofa dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, mengatasi saingannya yang lain termasuk Anzalna Nasir dan Izara Aishah. Sebelum menyertai Dewi Remaja, Neelofa merupakan seorang peragawati sepenuh masa dan pernah muncul dalam muzik video beberapa penyanyi tempatan seperti Awi Rafael dan Akim.

SUMBER, NeeloF4R. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.