2 bulan dah berkahwin, tak sangka ini pula komen Mas Idayu pasal suami dia

Penyanyi dangdut, Mas Idayu terharu apabila suaminya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, mengingatkan dirinya mengenai perkahwinan mereka yang genap dua bulan hari ini. Mas Idayu, 50, berkata, dia dihubungi suaminya untuk memaklumkan perkara itu dan menyifatkan Sufian adalah jejaka yang romantis. “Tadi darling (sayang) hubungi saya. Hari ini 16 November 2022 genap dua bulan usia perkahwinan kami. “Sekejap je dah dua bulan. Sangat romantik suami mummy (panggilan Mas Idayu) sentiasa ingat. “Selamat menyambut dua bulan perkahwinan sayang. Mummy cinta daddy sangat-sangat,” tulisnya di Instagram. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mas Idayu memuat naik video mereka bersama ketika berjalan di Muar, Johor, baru-baru ini. Lebih romantik, Mas Idayu enggan berenggang dan terus memeluk suaminya dengan erat ketika berjalan berduaan. Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira apabila melihat kemesraan dan mendoakan agar pasangan itu bahagia. “Manjanya mummy. Semoga berbahagia selalu mummy,” tulis seorang pengikut. “Alhamdulillah semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” kongsi seorang pengikut. Terdahulu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Sufian pada 16 September lalu. Majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta dan turut digelar ‘wedding of the year’.

Pada majlis serba meriah dan mewah itu, Mas Idayu dan suami dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur. Sumber, HMETRO ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.