Selalu rasa serba tak kena, sekali Caprice dedah ini yang jadi pada dia dan isteri buat ramai yang terkedu

Rpper dan usahawan, Caprice dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai keadaannya dan isteri, Farra Inalis Hussni yang didakwa menjadi sasaran perbuatan sih!r. Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice menceritakan bahawa beliau pada awalnya menyangka tidur yang tidak cukup itu adalah perkara biasa disebabkan kesibukan kerja. ‘Awalnya Cap fikir tidur 3-4 jam adalah perkara biasa sebab banyak kerja lately. Kita pun pelik kenapa masih ada tenaga walaupun tak cukup tidur sampai ubat tidur pun tak jalan.’-Kongsi Caprice.

Walau bagai mana pun, setelah diperiksa oleh pengamal perubatan Islam dari Kedah yang dikenali sebagai Tok Singa, ternyata mempunyai unsur unsur sihr pada Caprice dan isteri. ‘Akhirnya sahabat kita @toksinga datang dari Kedah check dan ada unsur-unsur tak elok. InsyaAllah Cap dengan isteri dapat lwn dan cepat sembuh.’-Tulis Caprice. Tinjauan kami di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet dilihat menitipkan doa, malah ramai yang berkongsi petua yang diamalkan agar terlindung dari benda tak elok.

‘Dalam Islam suruh amalkan surah Al-Ikhlas sebelum tidur lepas solat akan terlindung dari sihir. Hopefully dipermudahkan & dijauhkan segala perkara buruk buat Cap sekeluarga.’ ‘Mmg dunia skrg. Makin moden tapi manusia makin kuno amal benda2 entah pape demi kepuasan.’ Sama-sama kita doakan agar Caprice dan isteri dapat sembuh dari segala perbuatan hasad dengki orang lain. SUMBER, MURAI. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.