Anju dah nak kahwin tak lama lagi, sekali bila tengok harga cincin bukan biasa biasa

Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada berkongsikan video membeli cincin kahwin bersama bakal suaminya dan kedua ibu bapanya. Menerusi video tersebut, Anju dilihat teruja serta sempat menghadiahkan gelang emas buat ibunya, Norzaini Abdul Hamid serta mengucapkan terima kasih pada bakal suaminya. Turut menjadi perhatian, Anju dilihat mahu memilih cincin lebih murah namun kekasihnya melarang serta mengatakan hanya yang termahal sahja untuk Anju.

Difahamkan, Anju bakal dirisik pihak bakal suaminya pada Sabtu ini namun belum berkahwin tarikh pernikahan mereka. Video dikongsikan Anju mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut tumpang gembira serta ada yang mendakwa cincin dipilih bakal suami Anju itu berharga RM200,000. Sementara itu di Insta Story, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar cincin berkenaan berserta tanda harga. Sebelum ini, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.

Di TikTok, viral beberapa rakaman video di mana pelakon, Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasihnya, Datuk Sri Khazrul Elzey berjumpa dengan keluarga sebelah bapanya. Lebih jadi perhatian, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim. Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim. Menerusi video tersebut juga, nenda kepada Anju turut memberi nasihat kepada Elzey agar banyak bersabar apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.

Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lwn jangan gdh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik. Pada masa yang sama, Elzey turut berterima kasih kepada keluarga Anju kerana menerima baik kedatangannya. Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah. SUMBER, CARI FORUM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Akan berkahwin tak lama lagi, terkejut bila tiba tiba bakal suami Anju bagi amaran pada individu ni. Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Baru-baru ini Elzey seolah memberi amaran kepada bekas isterinya agar tidak mengganggu hubungannya bersma Zarina atau lebih mesra disapa Anju. Menerusi perkongsian di TikTok story, kekasih Anju mendakwa telah jatu talak tiga kepada bekas isterinya kerana nusyuz sekaligus hilang gelaran ‘Datin Seri’. “Kepada bekas isteri, setelah gugur talak tiga keatas kamu kerana nusyuz dan drhka maka gugurlah title kamu sebagai Datin Sri. Saya mohon jangan kamu ganggu kekasih saya kelak nanti akan menjadi lebih parah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elzey juga berharap bekas isterinya itu meneruskan kehidupan dan bertaubat serta tidak mengganggu mereka. “Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah. Move on dan jangan ganggu kami,” tulisnya lagi. Bagaimanapun, hasil pencarian mendapati video tidak tidak lagi kelihatan berkemungkinan telah dipadam. Baru-baru ini, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya. Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Rata-rata warganet tumpang bahagia apabila melihat Zarina disayangi teman lelakinya dan akhirnya pelakon itu berjumpa lelaki yang tepat buatnya. Terbaru, perkongsian Zarina atau lebih mesra disapa Anju menjadi perhatian apabila berkongsikan video keterujaannya menempah baju perkahwinannya di butik pengantin. Menerusi video dikongsikan, Anju ke butik pengantin berkenaan bersama kekasihnya untuk mengukur baju pernikahan mereka. “Salam guys, sangat teruja untuk hari ini sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin. Hanya hansminofficial sahaja! “His the best! Baju semua cantik-cantik, saya percayakan dia untuk baju kahwin saya. Masa kahwin dulu pun mereka yang buat baju Anju,”tulisnya. Perkongsian Anju itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan warganet yang teruja dengan perkongsiannya itu serta mendoakan agar urusan pasangan itu menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan. SUMBER, XTRA.