Muat naik video dengan anak, sekali ramai yang tawarkan diri nak jadi menantu Rosyam Noor

Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali ramai dengan nama Rosyam Nor ini sememangnya seorang pelakon lagenda tanah air. Biarpun semakin berusia, namun bakat lakonannya itu masih ‘berbisa’. Jarang sekali terpalit dengan kontroversi sepanjang bergelar anak seni, Rosyam Nor antara selebriti yang bijak membawa diri sehingga kini. Terbaharu, pendedahan mengenai anak-anak Rosyam Nor telah jadi perhatian ramai. Dalam satu video suntingan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun rosyamnor33 ini dipaparkan seorang demi seorang anak-anak Rosyam Nor bersama tahun kelahiran mereka. Kesemua anak-anak pelakon senior ini adalah perempuan membuatkan ramai teruja. Berikut adalah perkongsian video tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok. Klik sini untuk lihat video.

“Wow, cantik-cantik anak pelakon dan usahawan ini! Tidak hairanlah di ruangan komen dihujani dengan warganet yang mencuba nasib untuk jadi menantu Rosyam Nor. Untuk info lima anak perempuan Rosyam Nor terdiri dari  Arniesha Azureen (lahir 1990), Nur Anis (lahir 1993), Nurlisa (lahir 1997), Syadira (lahir 2002) dan Zarith Maryam (lahir 2003). Di ruangan komen, rata-rata warganet mengusik dan bergurau dengan memanggil Rosyam Nor sebagai bapa mertua. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Sumber, syor. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Rosyam Nor bantu usahawan kecil. Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor ingin memberikan manfaat kepada masyarakat terutamanya usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam kalangan M40 dan B40 menerusi kempen program kerjasama bersama Usanita Sdn Bhd. Rosyam ketika ditemui berkata, pembabitannya sebagai rakan strategik dan duta kempen untuk kempen e-dagang Usanita Mall itu adalah untuk memberikan pendedahan kepada produk-produk jualan 50 usahawan kecil yang dipilih daripada 1,000 penyertaan.

“Idea ini tercetus apabila pandemik berlaku dan ramai usahawan IKS yang terkesan. Mereka ini jugalah golongan tegar yang membantu jenama Rosyam Nor dari tidak ada apa-apa, sehingga menjadi seperti sekarang. “Jadi, untuk memberi semula kepada kepada mereka, saya akan bantu mereka dengan menggunakan platform saya iaitu Suhan Channel yang jumlah keseluruhan tontonan melebihi 28 juta di YouTube, untuk membantu memasarkan produk mereka,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Rosyam yang ditemui di Majlis Pelancaran Usanita Mall & U-Niaga di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini, semua usahawan ini akan ditemubual di saluran YouTube Suhan Channel di samping menggunakan imejnya sebagai bantuan pemasaran.

“Imej saya akan digunakan dalam membantu memasarkan produk mereka selama setahun. Selain itu, mereka akan ditemubual di saluran YouTube Suhan Channel dan kami bersama pasukan Datuk Adzliana selaku Ketua Pegawai Eksekutif Usanita akan melawat premis perniagaan mereka. “Usanita adalah pemudah cara untuk memastikan golongan usahawan IKS tidak terpinggir termasuklah golongan usahawan kurang upaya,” katanya. Ditanya mengenai harapannya untuk kempen program ini, Rosyam berharap agar ada peningkatan dalam perniagaan mereka yang terbabit.

“Apabila menggunakan nama dan imej saya, mereka perlu menjaga kredibiliti saya yang saya bina selama 39 tahun. Saya nak lihat peningkatan dalam perniagaan mereka dan kita akan berikan latihan untuk memastikan mereka berjaya. Kejayaan mereka adalah kejayaan saya dan juga Usanita,” katanya. Selain Rosyam, Usanita turut melantik rakan strategik lain iaitu Pengerusi VX Group of Companies, Tunku Aaran Mohamad Tunku Mu’tamir. Majlis pelancaran itu juga turut dihadiri Timbalan Menteri Kementerian Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.