PELAKON Fazura memberitahu Ramadan kali ini dia akan memberikan lebih fokus kepada ibadah, selain teruja menyambut bersama anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisha. Berkongsi mengenai rutin sebagai ibu, Fazura, 39, memberitahu dia dan suami iaitu Fattah Amin akan bergilir menjaga Fatima semasa bersahur memandangkan anak perempuannya itu masih belum berpisah tempat tidur. “Tahun ini Ramadan ketiga bersama Fatimah, persiapan tiada apa sangat tapi mestilah saya dan Fattah akan fokus kepada Ramadan. Semua orang pun sama kan. “Saya dan Fattah mungkin kena bahagikan masa untuk bersahur sebab Fatima tidur dengan kami. Mungkin kami kena bergilir untuk bersahur. Alhamdulillah saya memang fokus untuk puasa dan raya kali ini,” katanya.
Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Aidilfitri Fazura 2023 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini. Dalam pada itu, Fazura turut mengharapkan orang ramai mendoakan agar dia dan Fattah dikurniakan anak kedua memandangkan mereka telah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. “InsyaAllah, doakan semoga ada adik Fatimah pula nanti,” katanya lagi. Sementara itu, Fazura memberitahu bahawa Ramadan kali ini dia juga agak sibuk menguruskan perniagaan tudungnya memandangkan bakal membuka beberapa premis lagi di seluruh Malaysia.
Tambah Fazura, selain membuka cawangan baharu, dia juga mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan peminatnya. “Bulan puasa ini saya sangat sibuk sebab saya banyak buka outlet di seluruh Malaysia dan akan buat lawatan untuk bertemu dengan peminat saya di beberapa premis saya. “Saya juga dalam perancangan nak buka satu outlet baharu di Kedah tidak lama lagi,” kongsinya. Untuk rekoda, Fazura dan Fattah, 32, telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pada 2 Oktober 2020.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.