Pasangan personaliti media popular Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim sering menjadi perhatian ramai dengan keunikan mereka berdua. Kacukan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Korea Selatan menjadikan mereka berdua sentiasa jadi bualan ramai apatah lagi kini dengan kehadiran anak perempuan iaitu Nik You Rina. Telatah dan kecomelan wajah Rina setiap kali Maryam atau Ryzal berkongsi mengenainya seringkali mencuit hati ramai. Terbaru, perkongsian Maryam mengenai Rina ketika mereka sekeluarga keluar makan menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, reaksi wajah Rina yang sedang dimarahi appanya yang membebel dalam bahasa Korea mencuit hati ramai. “Tengok reaction budak ni, alaa kesian,” tulis Maryam pada ruangan kapsyen. Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat Ryzal dan anak perempuannya yang kini berusia satu tahun. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet:
Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Maryam luah rasa terkilan bila ada individu yang sakit hati bila dengar dia cakap bahasa melayu. Mesti ramai yang tahu bahawa Maryam ‘Duriankimchi’ merupakan warganegara Korea Selatan namun, dia tetap gigih untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia agar lebih senang untuk berinteraksi dengan pengikutnya. Bagaimanapun hari ini, Maryam telah memuat naik satu tangkapan direct message (DM) warganet yang dipercayai kurang senang mendengar influencer itu bercakap Bahasa Malaysia. Maryam tidak berdiam diri, melalui kapsyen posting tersebut, dia telah membidas kenyataan berkenaan dengan memberikan beberapa sebab yang munasabah terhadap kritikan yang diterima. Antara sebabnya adalah, Maryam baru sahaja menetap di Malaysia selama 2 tahun dan dia tidak mengikuti sebarang kelas Bahasa Malaysia secara formal.
“Saya dah duduk Malaysia 2tahun lebih.. saya cakap BM macam ni saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia. Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat. Ramai orang cakap “you speaking BM make me annoying” “Better you speak English” You annoying ke apa itu bukan salah saya. Saya tak kesah. Tak tengok saya ke apa suka hati lah. Saya lagi selesa cakap BM daripada English. Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM? Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat. Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu.
Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS. Nota kaki: Sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu. Ke awak bukan orang Malaysia.” – Kata Maryam. Namun, dia sama sekali tidak terkesan dengan kriktikan yang diterima kerana dia cukup bangga menggunakan bahasa ibunda suaminya itu berbanding Bahasa Inggeris. Tambahnya lagi, dia tetap akan menggunakan Bahasa Malaysia ketika bercakap bersama peminat dan kalau ada yang tidak suka, ia tidak menjadi masalah kepada Maryam.
Maryam juga sempat memerli individu yang tinggalkan komen itu supaya menggunakan Bahasa Malaysia dahulu sebelum bertanyakan satu soalan sinis jika individu tersebut adalah warganegara Malaysia. Terdahulu, pasangan Duriankimchi itu telah mendirikan rumah tangga di Korea Selatan pada 2019 dan pulang ke Malaysia pada tahun berikutnya. Sekurang-kurangnya dia confident cakap Bahasa Malaysia! Tahniah Maryam… Kredit, Ohbulan.