Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen memuat naik sebuah video kompilasi yang memaparkan dirinya mengalami kelukaan ketika menjalani penggambaran beberapa buah filem dalam beberapa tahun. Terbaru, dia mengalami kelukaan di bahagian lutut ketika menjalani penggambaran filem arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster dan memaklumkan tidak akan terlibat dalam filem tersebut akibat kelukaan. Susulan itu, ekoran daripada kecederaan yang pernah dialami Hairul menyatakan bahawa dia cuma memerlukan sokongan moral untuk terus bersemangat. Malah, dia juga meluahkan sebuah coretan mengenai kejadian yang pernah dihadapinya.
Saya cuma perlukan sokongan moral #TheBestNeverRest Bagi aku masa 1 hari, aku akan fikir apa yang patut aku buat. Buat latihan yang orang lain tak mampu buat. Bagi aku masa 1 minggu, aku kuatkan apa yang aku mahu segala yang lemah aku ubah jadi peluru. Bagi aku masa 3 bulan, aku buktikan aku jadi pahlawan. 6 bulan! Aku tak boleh dikalahkan,” katanya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mendoakan kesembuhan buat Hairul.
Malah, ramai yang berbangga dengan pengorbanannya dalam menjayakan sesebuah watak dan memintanya untuk tidak berputus asa.Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Pelakon Hairul Azreen tampil berkongsi perkembangan terkininya selepas seminggu memaklumkan dirinya mengalami kelukaan pada bahagian lutut ketika penggambaran, Rabu lalu. Menerusi perkongsian di TikTok, Hairul meluahkan rasa syukurnya kerana dia sudah boleh berjalan kurang dari seminggu selepas menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) lutut kiri, minggu lalu. Dalam perkongsian tersebut, Hairul berkongsi momen dirinya sedang menjalani sesi fisioterapi yang ditemani pelakon, Syazwan Zulkifli.