Diberi pilihan sama ada beg tangan atau cincin, Neelofa terima hadiah cincin dari suami

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa ‘sengih sampai ke telinga’ apabila menerima hadiah daripada suami tercinta, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz. Menerusi hantaran di Instagram Stories, Neelofa mendedahkan soalan yang diajukan Haris iaitu mengenai hadiah Hari Raya Aidilfitri. Kata pelakon berumur 34 tahun ini, dia telah diberi pilihan sama ada menginginkan beg tangan baharu atau sebentuk cincin.

Namun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tidak memberi jawapan. Bagaimanapun, cerita ibu kepada Muhammad Bilal ini, selang beberapa hari, Haris menelefon dan bertanyakan saiz cincin yang dipakainya. Kata Haris, dia sedang berada di sebuah kedai perhiasan emas (jewels). Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP mendoakan agar rezeki pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail mencurah-curah kerana telah membahagiakan hati isteri. “Terima kasih Haris Ismail. Moga mencurah-curah rezeki awak asbab cuba bahagiakan isteri.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.