Nampak bahagia betul Pak Azad, tular video ibu tolong cucikan rambut buat warganet terhibur

Kerenah pelakon dan penyampai radio Era FM, Pak Azad atau nama sebenarnya, Azad Jasmin John Louis Jefri sememangnya sering jadi perhatian lebih-lebih lagi di media sosial. Isterinya yang juga merupakan aktres drama terkenal, Eira Syazira juga kerap berkongsi gelagat suaminya yang selalu mencuit hati. Paling membuatkan warganet terhibur sudah tentu kerenahnya bermanja dengan ibu tersayang apabila mengundang tawa isteri serta penonton yang melihat video dikongsikan di media sosial.

Terbaru, Eira telah memuat naik rakaman ketika suaminya meminta ibu tersayang menyuci rambutnya seperti di salun. Menerusi video tersebut, dapat dilihat mereka bertiga saling bergurau dan bergelak ketawa apabila Pak Azad ‘feeling’ seperti berada di salun rambut. Perkongsian berkenaan telah mendapat komen yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mereka menyatakan bahawa terhibur dengan kerenah penyampai radio berkenaan serta terharu apabila dia sentiasa menciptakan momen bahagia bersama insan tersayang. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.