Ikatan keluarga masih dalam keadaan yang baik, Syafiq Yusof rancang nak beraya dengan Syamsul dan kakak ipar baru

Pengarah, Syafiq Yusof menyatakan bahawa akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi bersama abangnya, Syamsul dan kakak ipar baharu, Ira Kazar. Syafiq memaklumkan bahawa ikatan kekeluargaan antara dirinya dengan Syamsul masih dalam keadaan baik. Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali. Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syafiq ditemui ketika Majlis Pelancaran Filem Polis Evo 3 yang berlangsung di Petaling Jaya, semalam. Walaubagaimanapun, memetik laporan Utusan Malaysia, Syafiq menjelaskan bahawa dia masih belum mempunyai perancangan untuk mempertemukan Ira Kazar dengan ahli keluarga lain. Bukan itu sahaja, Syafiq menyatakan dia sentiasa menasihati dan memberi kata-kata semangat buat Syamsul ketika sedang berdepan dugaan secara sendirian. Saya selalu cakap banyak bersabar dan ini adalah ujian hidup dia. Saya percaya abang adalah individu yang kuat serta mampu mengharungi situasi ini.

Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera,” ujarnya lagi. Kredit Utusan Malaysia. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut