Achey dimasukkan ke hospital, rupanya dekat belakang badan dah lama ada benjolan

PELAWAK Achey terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor susulan terdapat benjolan di bahagian belakang tubuh badan anggota kumpulan Bocey berkenaan. Salah seorang ahli kumpulan itu, Fad memberitahu rakan baiknya itu sudah menjalani ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) dan sedang menunggu keputusan bagi mengetahui punca dan rawatan susulan. “Dia sudah lama ada benjolan itu dan ada ketikanya ia memberi kesan sehingga menyebabkan rasa sakit.

“Alhamdulillah Achey dalam keadaan baik cuma masih menunggu keputusan MRI,” katanya. Fad berkongsi keadaan Achey ketika ditemui pada sidang media Muzika Lawak Nusantara yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu. Fad memberitahu pengalamannya berdepan dengan masaah slip disc sebelum ini juga antara faktor dia memaksa Achey membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca benjolan tersebut. Bagaimanapun katanya, Achey belum membuat keputusan sama ada mahu melakukan operasi bagi membuang benjolan tersebut dan menunggu laporan MRI.

“Sebelum ini saya dah pernah kena slip disc, jadi saya tahu bagaimana rasa sakitnya dan sebab itu saya nasihat Achey pergi hospital dan buat pemeriksaan. “Sebarang rawatan lanjut masih belum diputuskan. Saya pun belum dapat bercakap lanjut dengan Achey,” katanya. Achey sebelum ini ada memaklumkan menerusi Instagram dia dimasukkan ke hospital namun tidak mendedahkan puncanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.