Roslan Shah pula yang kena menjawab bila Ebit Lew batalkan penglibatan di Singapura, penganjur tanggung rugi sampai RM34k

PENGACARA Roslan Shah meluahkan rasa terkilan terhadap personaliti dakwah dan aktivis Ebit Lew susulan membatalkan penglibatan dalam sebuah acara jualan di Singapura yang sepatutnya bermula pada Jumaat ini. Kata Roslan, 51, pihak pengurusan Ebit yang berurusan dengannya sebelum ini tidak memaklumkan lebih awal personaliti itu perlu berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Haji. “Katanya Ebit ke sana di saat-saat akhir dan terpaksa membatalkan penglibatan untuk acara minggu ini.

“Apa yang membuatkan saya kesal adalah mereka tidak memaklumkan kepada saya sehinggalah pihak penganjur sendiri memberitahu apabila melihat perkongsian Ebit yang sudah berada di Makkah,” katanya. Roslan sebelum ini berkongsi beberapa paparan perbualan dia bersama pihak pengurusan Ebit tentang pengesahan untuk terlibat dalam program tersebut. Tambah Roslan disebabkan pembatalan itu, penganjur acara The Wedding Affair terpaksa menanggung kerugian hampir SGD10,000 (kira-kira RM34,600) bagi kos penginapan, pengiklanan dan sewa tapak perniagaan.

Malah Roslan sendiri perlu berdepan dengan pihak penganjur kerana bertanggungjawab sebagai pengantara akan membawa selebriti untuk terlibat dalam acara berkenaan. “Sekarang ini saya pula yang kena menjawab. Saya hanya membantu selebriti untuk mendapatkan tempat berniaga, tetapi apabila berlaku perkara begini nama saya jadi buruk.”Saya kongsikan di media sosial bukan untuk burukkan keadaan. Malah saya faham ibadah haji perlu diutamakan namun kenapa tidak maklumkan kepada saya. Kalau tidak dihubungi mungkin mereka akan diam sahaja,” ujarnya.

Dalam masa sama, Roslan juga berharap pihak Ebit dapat membayar ganti rugi bagi kos penginapan hotel di Singapura yang telah ditempah untuk tempoh tiga hari di sana. “Pihaknya sendiri yang mahu terlibat dalam acara untuk bulan Jun ini. Malah mereka telah menghantar gambar bagi tujuan promosi. “Ini bukan kali pertama berlaku kepada saya melibatkan golongan selebriti yang membatalkan penglibatan di saat akhir. “Saya tidak pernah menyesal atau putus asa, cuma harap ia tidak akan berulang lagi jika seseorang itu sudah berjanji,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.