Kandungan makin membesar, warganet teka jantina ank kedua Neelofa

Umum mengetahui, selebriti popular, Noor Neelofa kini sedang hamil anak keduanya dan usia kandungan difahamkan sudah pun memasuki lapan bulan. Meskipun sedang sarat hamil, Neelofa dilihat sempat meluangkan masa untuk menghadiri sebuah acara fesyen jenama terkemuka yang berlangsung di Desaru, Johor, baru-baru ini. Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh akaun @nurNLFH di laman TikTok, pemililk nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor hadir dengan mengenakan busana berona coklat cerah dan manis bertudung berwarna putih pada acara berkenaan. Klik sini untuk ihat video.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah saiz kandungan terkini isteri kepada pendakwah terkenal, Hariz Ismail itu. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berpendapat dengan saiz kandungan sedemikian, mereka meneka bayi yang akan dilahirkan adalah berjantina perempuan. Namun, tidak kurang juga ada yang meneka bayi kedua bekas hos program MeleTop itu adalah lelaki. Dalam masa sama, ada juga yang tidak sabar dan teruja untuk menantikan kelahiran adik kepada Muhammad Bilal. Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.