Essam Muhammad, luah rasa syukur dengan perkahwinannya bersama Mizz Nina.

Ratu, cinta hatiku dan isteriku tersayang. Alhamdulillah.. perjalanan hidup begitu indah buat saya. Demikian luah penyanyi rap yang juga suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad yang menzahirkan kegembiraan dengan perkahwinannya.

Essam menyifatkan tiada kata yang mampu menggambarkan kegembiraan dan rasa syukur dipertemukan dengan aktivis keagamaan dan usahawan itu. Jika lautan adalah dakwat kepada pen juga sudah kering bagi menggambarkan restu dan rahmat yang Allah SWT berikan buat kami berdua.

Perjalanan ini begitu indah dan penuh makna setelah dikurniakan dengan ketentuan Allah SWT. Begitu sempurna apa yang sudah tertulis buat kami berdua. Kadang kala Allah mengejutkan kita dengan perancangan-Nya yang melangkaui apa yang kita fikirkan terbaik buat kita,” katanya.

Sama seperti Mizz Nina, Essam juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik. Malah, Essam turut berterima kasih di atas kata-kata positif dan sokongan yang diberikan buat mereka berdua.

Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan sudah berkahwin dengan penyanyi rap warga negara Amerika Syarikat dan bakal mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan tertutup di ibu kota dalam masa terdekat. Mizz Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan perceraian pada 14 Jun 2022.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.