KISAH perkahwinan pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib dengan wanita pilihan hatinya iaitu Watie terus menjadi bualan hangat warganet. Mengambil keputusan berkahwin selepas dua tahun pemergian Siti Sarah, ada warganet menuduh kononnya Shuib tidak setia kepada arwah kerana begitu cepat menemui pengganti. Tampil mempertahankan adik iparnya, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin menganggap komen warganet di media sosial itu mengarut dan melampau. Dia turut meminta warganet mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menulis komen berkenaan. Klik sini untuk lihat video.
“Saya rasa mereka (warganet) dah makin merapu. Lain kali kalau tidak tahu hukum agama kita rujuk dahulu baru tulis,” katanya. Firdous berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan beberapa komen warganet meluahkan rasa kecewa dengan perkahwinan Shuib. Menerusi komen tersebut, warganet berpendapat Shuib menduakan Siti Sarah yang diketahui begitu menyayangi dirinya. Warganet juga mendakwa Shuib tidak akan bertemu arwah di akhirat kelak kerana sudah memiliki isteri baharu. Dalam pada itu, Firdous turut menyertakan klip ceramah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus berhubung perkahwinan suami selepas pemergian isterinya.
“Kalau isteri pergi dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun… kalau mereka (suami) pergi dan tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga,” kongsinya. Pada Jumaat lalu, Watie dan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam. Pasangan ini kemudian terbang ke Pulau Langkawi berdua sebagai destinasi berbulan madu dan akan menyambung percutian bersama anak-anak di Turkiye pula.
Shuib memilik empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.