Tular Ibu bayar anak macam ini untuk keluar dengan 100 lelaki

Seorang pencipta kandungan media sosial di negeri Utah mendedahkan bahawa ibu mereka membayar saudara perempuannya AS$500 (RM2,278) untuk keluar temu janji bersama 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Alyse Carolyn kerap berkongsi video tutorial rambut di akaun TikTok miliknya dan mempunyai  lebih 306,000 pengikut. Namun, baru-baru ini Alyse berkongsi sesuatu lebih peribadi dengan berkata, saudara kandungnya yang tidak dinamakan itu menerima AS$500 daripada ibu mereka  semata-mata bagi menghadiri sebanyak 100 janji temu sebelum berkahwin.

Dalam klip video mengenainya yang tular dan merekodkan 7.6 juta tontonan setakat ini, Carolyn menunjukkan keluarganya meraikan kejayaan saudara perempuannya menghadiri 100 temu janji itu dengan menyediakan dua kek. Terdapat dua kek di atas meja dengan yang pertama mempunyai lilin membentuk angka ‘100’,  manakala kek kedua tertera perkataan ‘YAY.’

Dia menyertakan kapsyen bermaksud: “Apabila ibu anda membayar saudara perempuan anda AS$500 untuk menghadiri 100 temu janji dengan 100 lelaki berbeza sebelum berkahwin. Walaupun tidak menunjukkan wajah atau mendedahkan nama saudara perempuannya, Alyse  menunjukkan senarai lelaki yang ditemui wanita berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit.

Netizen membanjiri ruangan komen dan memuji ibu Alyse kerana memberitahu anak perempuannya bahawa dia sentiasa mempunyai pilihan untuk mencari lelaki yang sesuai sebagai suami. – Agensi. Kredit kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.