Nora Danish dapat pujian warganet semakin muda dan lawa.

Siapa yang tidak mengenali pelakon hebat Malaysia ini, Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish. Selain menjadi seorang pelakon, Nora Danish juga merupakan seorang pengacara televisyen.

Nora Danish dikenali ramai selepas memegang watak di dalam drama bersiri “Puteri”. Anak kelahiran Terengganu itu telah menghiasi banyak drama dan filem di Malaysia, antaranya ialah Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Tentang Dhia, Ariana Mikhail dan banyak lagi.

Nora Danish dipuji bakat lakonannya ketika drama Tentang Dhia yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu bersama pelakon lelaki Adi Putra. Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik Nora Danish yang meraih perhatian ramai.  Video tersebut kini meraih 931 ribu jumlah tontonan, 94 ribu tanda suka dansebanyak 5 ratus komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Nora Danish sedang menari mengikut trend yang terkini di laman tiktok tersebut. Namun lain pula yang dilihat netizen selepas menonton video tersebut. Rata-rata mereka meninggalkan komen bahawa Nora Danish tampak semakin muda walaupun umurnya meningkat.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.