Lambakan jurufoto yang didakwa seolah menguasai kawasan KLCC menimbulkan rasa kurang senang pengunjung

Berbekal telefon berjenama, kegiatan individu yang mengambil upah merakam gambar pengunjung berlatar belakang menara berkembar KLCC menimbulkan rasa rimas dalam kalangan pengguna.

Satu hantaran ‘hati-hati scammer di KLCC’ yang dikongsikan seorang pengendali media sosial menarik perhatian ribuan pengguna yang berkongsi pengalaman mendakwa diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Mereka mendakwa dikenakan caj tersembunyi dan tidak masuk akal. Sehingga kini, video berdurasi 13 saat itu telah ditonton sehingga 1.9 juta pengguna media sosial.

Seorang mangsa yang menggunakan akaun, Ha_5650 berkata, dia terpaksa membayar sehingga RM110 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mengambil gambarnya dalam kejadian dua minggu lepas. Dia tawar ambil gambar RM10 saja. Lepas bergambar ada dalam lapan keping kemudian dia tanya nak ambik yang mana? Saya cakap nak semua. Lepas dia hantar ke telefon suami, dia minta RM80.

Kemudian dia ‘pau’ kakak saya pula RM30 sekeping gambar…Untung besar dia hari tu tapi apa boleh buat terpaksa bayar semua. Malas nak keruhkan keadaan, total RM110 habis,” menurut komen ditinggalkan pada hantaran berkenaan. memaklumkan, jurufoto itu memberitahu mengenakan caj RM30 kepada pelancong luar negara.

Beberapa pengguna turut meluahkan rasa kurang senang dengan lambakan jurufoto yang didakwa bersikap biadab terhadap pengunjung dan seolah-seolah menguasai kawasan itu. Baru saja bawa pelancong. Boleh pula dia marah kami ambil gambar sendiri sebab tak guna servis mereka. Umpama mereka sewa tempat itu dan kami tak boleh kacau. Nasib ramai jadi kami buat tak tahu dan terus balik lepas selesai ambil gambar kerana serabut duduk di situ lama-lama,” luah Stallobello.

Terdapat pengguna lain turut mendakwa aktiviti itu dijalankan oleh warga asing yang menyamar sebagai orang tempatan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Dia cakap dari Kota Kinabalu Sabah tapi terlopong apabila ditanya pasal Sabah, jadi saya syak dia orang luar. Dia jadi takut bila suami perkenalkan diri sebagai polis dan terus tidak berkira soal bayaran. Dia yang kena scam sebenarnya sebab suami bukan polis tapi pensyarah. Jadi hati-hati semua,” luah Asna Khalid.

Kredit Sinar Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.