Terlibat dalam kejadian jalan raya, lelaki ini digelar sebagai the sleeping prince sebab koma selama 18 tahun

DIKENALI sebagai ‘the sleeping prince’, Putera Raja Kerajaan Arab Saudi, Al Waleed bin Khaled bin Talal telah koma selama 18 tahun selepas terlibat dalam kejadian tak diingini pada 2005. Malah sehingga kini, dia masih bergantung sepenuhnya pada mesin ventilator. Kisahnya meruntun hati masyarakat dunia selepas ayahnya, Khaled enggan menghentikan penggunaan alat bantuan pernafasan berkenaan. Tambahan pula, dia dikhabarkan dengan maklum balas positif berikutan Al Waleed dilihat menggerakkan jari jemari semasa ‘berbual’ bersama adiknya Putri Noura binti Talal pada Oktober 2020.

Meskipun kesemua usaha yang dilakukan termasuk membawa tiga doktor terbaik dari Amerika Syarikat dan seorang dari Sepanyol, tidak membuahkan hasil, namun dia masih menaruh harapan bahawa anaknya akan kembali sedar. “Seseorang bertanya kepada saya, mengapa tidak mencabut alat bantuan tersebut? Saya menjawab bahwa jika itu adalah kehendak Tuhan baginya untuk pergi dalam keclkaan itu, maka dia akan berada di kbrnya,” ujar Khaled. Pada 2005, Al Waleed terlibat dalam kejadiaan tak diingini dijalan raya ketika sedang mengikuti pengajian di sekolah ketenteraan di London. Akibat kejadian tersebut, dia mengalami pendrhan otak hingga menyebabkannya terbaring di tempat tidur selama 18 tahun selain bergantung sepenuhnya pada ventilator untuk terus ‘hidup’.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.