Pakai pakaian bertemakan Puteri Perak, bapa luah rasa terkilan sebab juri tak pandai nilai baju bersempena kemerdekaan

Setiap kali tibanya bulan Ogos, pasti ramai sedang bertungkus-lumus sedang membuat pelbagai aktiviti bersempena dengan Bulan Kemerdekaan terutama di kalangan warga sekolah. Selain hiasan kelas, deklamasi sajak dan seumpama dengannya termasuk pertandingan memperagakan baju mengikut kreativiti masing-masing bersempena kemerdekaan dan tema patriotik. Terbaharu, seorang bapa meluahkan rasa terkilan dan pendapat apabila anak perempuannya tidak dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan tema patriotik yang telah menjadi bualan ramai di TikTok. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, si bapa tetap berbangga dengan hasil sentuhan tangan sendiri yang telah bersusah payah mencantikkan anaknya meskipun kalah dalam pertandingan. “Bangga dengan buatan tangan sendiri. Kalah menang adat pertandingan. Kami hanya menitikan kekemasan tanpa mencemarkan jalur gemilang. Juri dapat mana tu,”tulisnya. Dalam pada itu, si bapa mempersoalkan tahap penilaian dan kebijaksanaan para juri yang terlibat mengenai pemilihan pakaian yang sepatutnya bertemakan kemerdekaan.

Dia berkata, orang dewasa seharusnya menonjolkan pakaian tradisi dan beruniform orang terdahulu serta berbangga untuk ditunjukkan kepada anak-anak atau generasi akan datang. “Aku bukan nak persoalkan siapa dapat nombor satu, dua atau tiga. Tidak, apa yang aku nak persoalkan adalah pemilihan pakaian dan penilaian juri. Aku tak faham, baju dress, baju kepuk-kepuk yang menang. Apa nilainya? Kelebihannya pada baju dress tu untuk kemerdekaan kita kan? Atau korang suka sebab kena jajah? Sepatutnya masa inilah kita tonjolkan kepada anak-anak atau generasi akan datang mengenai kita punyai pakaian tradisi dan beruniform,”luahnya.

Tambah si bapa, sepatutnya pakaian tradisional perlu diketengahkan tanpa membiarkan pemikiran kita masih lagi ditapuk ‘penjajahan’. “Kita dah merdeka, tapi minda kita masih dijajah. Banyak pertandingan ni kat Malaysia , peserta pakai baju dress dan menang, pakai baju tradisi nombor belakang-belakang,” luahnya lagi. Difahamkan, mereka dua beranak cuba mengetengahkan pakaian bertemakan Puteri Perak yang sememangnya pakaian tradisi negeri tersebut di mana ia terdiri daripada baju, seluar panjang, kain samping dan selendang.

“Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi yang berlainan. Paling penting, pakaian Puteri Perak diperbuat dengan bersulam atau bersongket benang emas. Erti kata lain, bersulan atau bersongket mengikut tema. Terhasljan baju ni berdasarkan point-point penting di atas dan masih mengikut warna jalur gemilang,” jelas si bapa. Sementara itu, si bapa berkata pakaian yang diperagakan oleh anaknya tercetus selepas melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza memakainya selain melakukan beberapa kajian secara terperinci mengenai pakaian Puteri Perak di carian Google.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.