Dalam diam rupanya berbadan dua, terkini Caprice umum isteri hamil 5 bulan

Penyanyi rap sensasi, Caprice teruja umum isteri, Farra Inalis hamil lima bulan. Memetik laporan Harian Metro, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli teruja umum isteri, Farra Inalis hamil lima bulan selepas impiannya untuk menimang cahaya mata tertangguh atas sebab-sebab tertentu. Caprice meluahkan rasa syukur ketika mengumumkan berita kehamilan isterinya ketika ditemui media hari ini. “Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan,”kongsinya.

Jelas Caprice, dirinya bukanlah tidak mencuba untuk memiliki zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 2021. Namun, dia harus menangguhkan impian tersebut atas tekanan yang dihadapinya. Pun begitu, Caprice tetap bersyukur dan teruja ketika mengumumkan isterinya sedang hamil anak sulung mereka berdua. “Selepas saya kahwin ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk mendapatkan zuriat. Bukan saya tidak cuba tapi selepas berkahwin macam-macam perkara yang berlaku dari segi tekanan bisnes dan media sosial. “Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya.

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Thor-X di JW Marriot, di sini, sebentar tadi. Dalam pada itu, Caprice mengatakan pengumuman yang dibuatnya itu bukanlah satu rekaan memandangkan dia memperkenalkan produk suplemen lelaki yang turut diamalnya sendiri. “Ini bukan rekaan. Bagaimana seseorang itu hamil dan kemudian keluarkan produk. Ini adalah kuasa Tuhan dan rezeki kami. “Apapun saya terima kasih kepada Thor-X kerana memperkenalkan produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal,”luahnya syukur.

Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal anak satu, Farra Inalis  pada 15 November 2021. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.