Muat naik video bercuti dekat Sabah, warganet puji Watie pakai anak tudung pun dah cantik

Umum mengetahui, pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah bersama anak-anak kini sedang meluangkan asa bercuti di Semporna, Sabah. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie dilihat tidak lokek berkongsikan momen percutian mereka sekeluarga melakukan aktiviti di sana. Turut menjadi perhatian, satu video dimuat naik oleh Watie berserta kapsyen gilirannya pula untuk dia melaram dan OOTD mengenakan jumpsuit bercorak bunga merah jambu.

Perkongsian Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan usahawan itu yang tetap cantik meskipun memakai anak tudung sahaja. Dalam pada itu, ada yang bertanyakan bagaimana Watie boleh yakin meskipun keluar dengan hanya memakai anak tudung. Malah, ada yang memberi teguran jika Watie mengenakan tudung lebih cantik.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.