Berbaloi kalau hantaran mahal, ramai yang kagum dengan aksi Intan Najuwa masakkan untuk suami

KELINCAHAN pelakon Datin Intan Najuwa lincah memasak di dapur mendapat perhatian peminat yang kagum dengan kebolehannya menyediakan hidangan buat suami. Intan, 26, berkongsi dia sedang memasak sup ikan jenahak buat suami iaitu Datuk Ahmad Asrad Azman yang dikatakan tidak sihat. Menerusi video berkenaan dapat dilihat Intan tidak kekok menumis dan memasukkan bahan-bahan membuat sup berkenaan. Malah aksinya itu membuktikan dia sudah biasa dengan kerja-kerja di dapur. Klik sini untuk lihat video.

“Sup ikan jenahak buat suami saya yang tidak sihat,” tulisnya di ruangan kapsyen. Tidak hanya itu, Intan tidak lokek ilmu berkongsi resepi mengikut caranya tanpa menggunakan sup bunjut. “Supa saya mudah saja dan sup bunjut pun memang saya tak guna,” kongsinya. Video yang tidak sampai sehari dimuat naik itu meraih lebih 100,000 tanda suka dan lebih 500 komen yang ditinggalkan warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kemahirannya berada di dapur. Mereka juga mengakui Intan sememangnya layak mendapat hantaran tinggi kerana memiliki ciri-ciri isteri terbaik.

“Ini baru berbaloi hantaran mahal! Pandai, cantik dan memasak pun hebat. “Serba boleh betul! cantik pandai masak pandai jaga perut suami. Susah nak cari macam ini. Walaupun nampak simple. Tapi itu adalah tanda kasih sayang antara pasangan,” antara komen warganet. Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Asraf dengan sekali lafaz di satu majlis penuh meriah. Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.