Tak ambil peduli pasal kontroversi Shakilla Khoriri, Fizi Ali berhubung dengan bekas isteri hanya urusan anak

PENYAMPAI radio Hot FM Fizi Ali memberitahu dia tidak ambil peduli mengenai kontroversi melibatkan bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri. Kata Fizi atau atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, dia dan Shakilla hanya berhubung soal anak perempuan mereka iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. “Kami tidak berkawan, bertegur dan kami tiada apa-apa, lebih kepada saya adalah ayah kepada Ameena dan dia emak kepada Ameena itu sahaja. “Yang kami berdua berhubung pun mengenai Ameena sahaja, tanya fasal sihat ke apa tak pernah langsung.

“Saya dan dia ada kehidupan masing-masing… dia nak buat apa suka hati dia dan saya nak buat apa suka hati saya jadi apa-apa terjadi dengan dia tiada kena mengena dengan saya,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.