Penyanyi Adira Suhaimi menyanyikan semula lagu berjudul Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri jadi perhatian ramai warganet. Menerusi perkongsian videonya, Adira menyanyikan lagu hit tersebut dalam versinya mendapat pujian ramai warganet dan rakan selebriti. Bukan itu sahaja, rata-rata menyatakan bahawa lagu Masing Masing tersebut seakan menceritakan apa yang dialami dalam rumah tangganya. Klik sini untuk lihat video.
Malah, ramai yang tersentuh mendengar nyanyian Adira selain mendoakannya menjadi wanita dan ibu yang kuat untuk anak-anaknya. “I feel you ami. Semoga sentiasa kuat ya. “Wanita yang pernah laluinya sahaja yang paham but life must go on. “Nak cryyyy laa,” tulis warganet.
Terdahulu, Adira memfailkan cerai kali kedua terhadap suaminya, Datuk Red pada 25 November lalu atas sebab sudah tiada persefahaman. Untuk makluman, pelantun lagu Milik Kita ini telah memfailkan permohonan pertama pada 1 April 2019 di mahkamah namun telah menarik semula permohonan bagi memberi peluang kedua. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.