Kongsikan video makan mee wantan, sekali ada pula yang tegur Adam Corrie supaya makan guna chopstick

Pelakon, Adam Corrie berkongsi video makan mi wantan guna chosptick di media sosial miliknya sebagai satu perkongsian santai menyatakan menu tersebut merupakan makanan kesukaannya. Ternyata posting terbabit mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial sehingga ada yang tinggalkan komen yang kurang cerdik. Menerusi beberapa tangkapan layar komen yang dibuat netizen dan dimuat naik semula ke akaun X thelast_demigod, ada individu telah mempersoalkan tindakan Adam menggunakan chopstik ketika makan mi wantan tersebut.

Ada di antara mereka menuduh daging ayam yang ada di dalam mi tersebut tidak halal kerana dikatakan mirip daging haiwan yang diharamkan untuk dimakan oleh umat Islam. Tak hanya itu, mereka juga ‘menasihati’ pelakon berkenaan supaya makan menggunakan tangan kerana lebih afdal. Tangkapan layar komen-komen yang diterima di ruangan Facebook Adam Corrie membuatkan warganet ‘buntu’ kerana makan mi menggunakan tangan merupakan tindakan yang jarang dilakukan. Menjengah ke ruangan Facebook pelakon filem KL Gangster berkenaan, dapat dilihat beberapa individu masih berbalah perihal daging yang dimakan dan juga penggunaan chopstick sehingga beberapa komen dibalas langsung oleh Adam.

Namun, masih ada warganet yang faham situasi dihadapi oleh selebriti berkenaan dan mengakui mengalami nasib sama apabila kerap ditanya soalan-soalan yang kurang sesuai hanya disebabkan dirinya mualaf. Ujar pengguna media sosial itu, walaupun dirinya seorang ‘saudara baru’ tetapi dia tahu tentang batasan-batasan yang sudah ditetapkan dalam Islam dan tidak sesuka hati makan makanan yang telah dinyatakan haram secara hukum. Komen berkenaan telah disetujui oleh Adam Corrie yang membalas kenyataan tersebut dengan ringkas.

Dia yang kini aktif memberi perkongsian berkaitan perjalanannya sebagai seorang muslim dilihat sering berkongsi video-video makan dan aktiviti keseharian di media sosial sebagai tatapan peminat selain bergelar usahawan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.