Harap rakan rakan tak terasa hati, Fattah Amin akui semakin jarang keluar melepak bila dah kahwin dan jadi bapa

Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar bapa, pelakon Fattah Amin mengakui dia semakin jarang keluar untuk melepak bersama rakan-rakan. Memetik Harian Metro, Fattah juga berharap rakan-rakan memahami serta tidak terasa hati mekpun jarang meluangkan masa bersama-sama. “Memang tidak dinafikan sejak ada Fatima, saya memang jarang keluar dengan kawan-kawan lelaki kecuali bila betul-betul perlu. Maksudnya kalau ada mesyuarat ke, barulah  saya keluar. “Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama dengan keluarga. Tapi, memang ada juga rakan-rakan yang menghantar mesej bertanya, namun saya balas saja pertanyaan mereka.

“Apa yang penting, kepada kawan-kawan saya mohon jangan terasa biarpun lama tidak berhubung. InsyaAllah nanti adalah rezeki, mungkin raya boleh datang ke rumah,” katanya. Dalam pada itu, Fattah berkata dia lebih suka bermain game jika mempunyai masa lapang. “Saya juga suka bermain ‘game’, jadi apabila hendak ada masa untuk diri sendiri itulah yang sering dilakukan. Apapun, bergantung kepada keadaan jika anak ke rumah sepupu atau sibuk dengan aktivitinya, barulah saya bermain ‘game’.

“Cuma tidak boleh hendak ‘me time’ sangat kerana sudah berkeluarga kan? ‘Me time’ saya adalah bila saya dapat main ‘game’,” katanya. Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.