Kurung diri berminggu minggu, Syada Amzah akui diri pernah mengalami kemurungan

Penyanyi Syada Amzah mendedahkan dirinya pernah mengalami kemurungan beberapa tahun yang lalu. Menerusi hantarannya di Instaram, dia ingin memberi kesedaran tentang masalah mental dan cara untuk mengatasinya. Menurutnya, dia pernah mengurung diri selama berminggu-minggu dan waktu tidur terganggu dengan mimpi-mimpi aneh. “Few years after that, Syada diuji dengan merasakan kemurungan, kurung diri berminggu-minggu, tak bermaya, sentiasa rasa demotivated, dan sebab banyak sangat berfikir, sampai terbawa mimpi dengan bermacam cara Syada meninggal dalam mimpi.

“Mimpi tu berlarutan selama berbulan bulan seolah-olah memberi idea kepada diri Syada. Dan bertahun-tahun Syada masih cuba untuk tidak go seek for help sebab tak nak bergantung, cuba untuk distract diri. Dan Alhamdulillah i’m still here untuk menceritakan,” ujarnya. Sementara itu, Syada turut berkongsi beberapa cara untuk membantu orang-orang disekeliling yang mengalami masalah tersebut. “Mungkin korang boleh rajin reach out once in a while, tanya khabar kalau ada masa lebih dengarlah luahan hati dia, apa yang menganggu dia. Biar dia rasa lega.

“Boleh juga offer reassurance contoh ‘aku ada untuk kau, jangan pernah rasa kau hadap semua ni sorang-sorang. Anytime you need me, I’ll be there insyaAllah’. Sangat penting untuk kita tak biarkan dorang menyendiri. Cuba untuk kekal tenang dan sabar, kadang-kadang orang yang mengalami masalah ni, dorang sendiri tak boleh control diri, seolah-olah dikawal. Buat perkara yang tak masuk akal,” jelasnya. Malah, Syada menegaskan untuk tidak membuat sebarang andaian sebaliknya mengajak golongan ini untuk membuat kebaikan.

“Jangan trigger, jangan cakap benda bukan-bukan atau speculate ‘kau mesti macam ni sebab tak solat, kau mesti macam ni sebab jauh dari Allah’ yes, it could be right but it could also be wrong. No matter how close you guys are, don’t ever said things like that. But instead, ‘jom kau Cuba ikut aku pergi majlis ilmu, or eh jom kita solat jemaah?’,” katanya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.