Tak teragak nak buat laporan polis, Puteri Sarah dedah pegawai pemasaran bawa lari RM26k

PELAKON Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, berkata, individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu. Jelasnya, dia mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan.

“Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran. Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu. Dia kata itu gaji dia,” katanya. Puteri Sarah mendedahkan perkara itu dalam satu siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut tidak berpuas hati apabila tugas dijanjikan untuk mencari ejen dan stokis bagi produknya gagal dilaksanakan sebaliknya diserahkan kepada pekerjanya.

Tidak hanya itu, individu terbabit pernah menyatakan hasrat menjadi rakan perniagaan namun enggan mengeluarkan sebarang modal. “Dia nak jadi partner tapi tak keluar modal. Kalau nak jadi rakan perniagaan, kena bagi duit,” jelasnya. Sementara itu, Puteri Sarah memberi ruang terhadap individu berkenaan memulangkan semula wang diambil daripada. Sekiranya gagal, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut.

“Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis. saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua itu, saya harap dapat duit saya kembali,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.