Bukan sebab tak serasi dengan Datuk Noora, Ellie Suriaty dedah punca Azri Iskandar tak jadi kahwin

TIDAK bersetuju tarikh pernikahan dengan pelakon Azri Iskandar ditunda menjadi punca usahawan Datuk Noora Kay memutuskan hubungan mereka. Bekas isteri Azri iaitu pelakon Ellie Suriaty, 54, berkata, aktor itu meminta tangguh kerana sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama namun alasan tersebut tidak diterima baik oleh Noora. “Noora sebenarnya nak satu tarikh tapi tarikh itu tidak sesuai kerana Azri sibuk jalani penggambaran.

“Jadi pihak Azri minta tangguh selepas saya dan juga ahli keluarga berbincang kami bersetuju. Kami tak nak buat majlis dengan tergesa-gesa sebab ini bukan kahwin tangkap basah. Nak tangguh pun tidak lama selepas selesai penggambaran saja,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Ellie turut berasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian walaupun sudah berbincang mahu berkahwin.

“Memutuskan hubungan bukan keputusan Azri… Takkan semua nak ikut telunjuk dia? Ini bukan kerana tidak serasi tapi sudah tiada jodoh,” katanya. Dalam pada itu, Ellie ada menyarankan Azri memujuk usahawan berkenaan kerana percaya Noora ingin dipujuk. Namun idea tersebut ditolak Azri kerana menanggap usianya sudah tidak sesuai dengan percintaan kebudak-budakkan.

“Saya ada cakap dengan Azri untuk memujuk Noora tapi dia tidak mahu kerana anggap sudah tidak sesuai pada usia sekarang. Masing-masing sudah berusia sepatutnya lebih matang dan memahami kerja tapi bila sudah pihak sana nak putus anggap saja tiada jodoh,” kongsinya. Sebelum ini, menerusi temu bual bersama, Noora, 48, mendedahkan hubungan cinta bersama Azri sudah berakhir pada penghujung Mei lalu.

Menurut Noora, perpisahan tersebut disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan. Untuk rekod, Azri dan Ellie berpisah talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15. Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 32, Farah Qistana, 30, dan Nur Anis Mastura, 28.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *