Baru 16 hari melahirkan anak, ramai yang minta Fara Salleh bertenang untuk elakkan meroyan

Advertisements
Advertisements

BAHARU 16 hari melahirkan anak pertama, isteri pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan dia berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang. Meskipun sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangga, Fara, 33, berkata, dia tidak mengalami gangguan emosi atau simptom kemurungan selepas bersalin (meroyan).  Kata Fara, dia masih menjaga kesihatan mental kerana tidak mahu mengganggu proses penyusuan bayi. 

“Alhamdulillah saya baik-baik sahaja, mental semua okay dan tak serabut.   Tidak ada apa yang serius atau berdepan kemurungan hingga meroyan. Sekarang anak masih menyusu badan jadi saya memang jaga mental supaya tidak stres,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Dalam pada itu, Fara memberitahu dia menghargai setiap perhatian diterima termasuk ada yang menasihatinya untuk lebih bertenang ketika masih dalam pantang.

Kongsi Fara, dia hanya rasa tertekan apabila melihat sijil kelahiran anak pertamanya iaitu Elaine Nada yang tiada butiran bapa.  “Ada ramai suruh saya bertenang sebab takut ganggu emosi sebab orang berpantang ini emosinya boleh berubah.   Saya tak rasa ia satu beban atau ada perasaan serabut. Saya cuma marah bila surat beranak anak semalam (Selasa) kosong tanpa maklumat bapa. Itu yang saya marah.  

Saya biarkan dua minggu selepas bersalin nak tengok dia ambil kisah atau tidak fasal anak. Sekali memang betullah tak kisah,” ujarnya.  Ditanya keadaan terkini diri dan bayinya, Fara bersyukur mereka berdua berada dalam keadaan sihat. Kalau ikutkan saya memang kurang tengok media sosial sepanjang tempoh berpantang. Saya masih buat kerja rumah.  Anak pun bangun setiap dua jam setengah untuk menyusu. 

Alhamdulillah anak saya sihat, waktu minum susu semua teratur,” katanya.  Pada Isnin, Fara memaklumkan dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.1 kilogram secara pembedahan. Dalam beberapa hantaran di media sosial, Fara mendakwa Shuk gagal menjalankan tanggungjawab selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan. Shuk kemudian membalas kenyataan mempertahankan diri dan meluahkan rasa bengang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam masalah rumah tangga mereka. 

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand. Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai terhadap Fara menerusi panggilan telefon. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.