Selamba je Aliff Syukri potong rambut, ramai yang puji tahap kesabaran Ammar Ahyan

Advertisements
Advertisements

Tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri memotong rambut anaknya, Ammar Ahyan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff dilihat sedang memotong rambut anak sulungnya itu. “Tak banyak pun (potong), abah dulu kerja salun. Abah ini stylist, nak kemaskan sahaja. Barulah tak serabai, pening aku tengok rambut kau. Nak jumpa Cik B kena handsome.” Klik sini untk lihat video.

Walau bagaimanapun, riak wajah Ammar kelihatan terkejut dan sedih dengan tindakan tersebut dan merayu kepada Aliff supaya berhenti melakukannya. “Tolonglah abah..sudahlah abah. Abah cakap sikit je potong.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang melihat situasi tersebut dan berasa kasihan terhadap Ammar. Dalam masa yang sama, warganet turut kagum dengan kesabaran remaja berusia 17 tahun itu yang sangat tenang melayan karenah bapanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.