Masih mencari rawatan jangka panjang yg bukan berasaskan steroid, Vivy Yusof redha diuji dengan penyakit lupus

Advertisements
Advertisements

Usahawan Datin Vivy Yusof disahkan mengalami penyakit lupus setelah tubuhnya memberi isyarat yang tak mampu diabaikan lagi. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Vivy dilihat membuat pemeriksaan lanjut setelah disahkan memiliki penyakit bersifat seumur hidup yang menyerang organ dalaman tanpa disedari. Ujarnya, dia bersyukur mengetahui perkara ini lebih awal agar dapat dirawat mengikut rawatan alternatif yang tidak bergantung kepada steroid.

“Lupus bermaksud serigala, yang menunjukkan betapa menakutkannya penyakit ini. Ianya mengoyakkan tubuh dari dalam tanpa disedari. Simptomnya sering disangka sebagai keletihan biasa, ruam atau sakit sendi. Saya bersyukur akhirnya dapat diagnosis, jadi saya tahu bagaimana untuk rawatnya. Tapi saya masih terus mencari rawatan jangka panjang yang bukan berasaskan steroid.”

Berkongsi lebih lanjut, ikon fesyen dan usahawan ternama itu tidak menyangka tekanan dan stres yang dikawalnya selama ini perlahan-lahan ‘merobohkan’ kekuatan dalamannya.”Stres adalah musuh paling besar. Saya sangka saya dapat kawal stres dengan baik sebagai seorang usahawan, saya jarang sakit dan sentiasa bersikap optimis.

Tapi saya tak tahu badan saya sebenarnya give up dari dalam. Saya diberitahu ini penyakit sepanjang hayat, dan saya dah redha dengan hakikat itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.