Masih berhubung walaupun sedang berdepan kemelut rumahtangga, Nora Ariffin dedah suami masih pulang jenguk dia

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Datuk Nora Ariffin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling kira-kira pukul 9 pagi Isnin bagi menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan kes perpisahan dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli. Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, hadir ditemani kakak angkatnya, Rafeah Ariffin yang juga bertindak sebagai wakilnya dalam proses tersebut. Mengulas mengenai sesi itu, Nora berkata dia menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada mahkamah dan berharap yang terbaik buat kedua-dua pihak.

“Saya minta yang terbaik sebab kami sudah berbincang. Kita berserah kepada pihak mahkamah… apa sahaja keputusan, saya terima,” katanya. Bercerita tentang hubungan dengan suami, Nora memberitahu mereka masih berhubung walaupun sedang berdepan kemelut rumah tangga. Menurutnya, kesibukan kerja masing-masing juga tidak menghalang Rushdi untuk pulang ke rumah.

“Hubungan saya dengan suami macam biasa, cuma kami masing-masing sibuk. Kami tidak bermusuh, tetapi tahu keadaan sebenar. Teman itu tiada tetapi masih bertanya khabar. Dia masih balik dan menjenguk rumah sebab kami masih ada ikatan,” jelasnya. Sebelum ini, Nora melantik Rafeah sebagai wakil JKP manakala Rushdi memilih rakannya, Syamsul Omar untuk mewakili pihaknya.

Krisis rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian umum sejak 12 Ogos tahun lalu selepas Nora memuat naik video yang memaparkan suaminya melafazkan talak terhadapnya. Akibat terlalu banyak memendam rasa, Nora memfailkan permohonan cerai pada 21 April lalu. Untuk rekod, Nora mengesahkan telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi pada penghujung 2021. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan komposer Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. 

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.